Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, July 29, 2011

Mimpi menurut pandangan Islam

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-36 yang bersidang pada 15 Dec 1994 telah membincangkan Mimpi Dari Perspektif Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa :
  • Mimpi seorang nabi dan rasul adalah wahyu yang menjadi hukum adalah benar. 
  • Mimpi orang ramai di zaman Rasulullah S.A.W. seperti melihat Baginda dalam tidur menyamai melihat Rasulullah S.A.W. dalam masa jaga adalah khusus di zaman semasa Baginda masih hidup.
  • Mimpi orang Islam selepas wafat Rasulullah S.A.W. maka ia akan berjumpa di akhirat nanti dan akan mendapat syafaat Rasulullah S.A.W.
  • Mimpi orang Islam ada tiga peringkat, peringkat pertama bisikan jiwa, yang kedua godaan syaitan dan yang ketiga ialah mimpi khabar gembira dari Allah S.W.T. Mimpi orang bukan Islam adalah ditolak. Mimpi orang awam bukan hujah terhadap satu hukum atau berita atau satu kenyataan.

HADIS PERTAMA:
"Apabila salah seorang dari kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah, maka khabarkanlah kpd org lain, dan sekiranya dia melihat sebaliknya dari apa yg dibencinya, sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah اعوذ بالله من الشيطان الرجيم, dan janganlah menceritakan kpd org, tiadalah ia (mimpi) dapat memudaratkannya.."
(Sahih Al-Bukhari dan Muslim, Lafaz hadith adalah bagi Al-Bukhari)

HADIS KEDUA:
“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain.
(Sahih Muslim, dan lain-lain)

HADIS KETIGA:
“Tidak akan kekal dari kenabian melainkan al-Mubassyiraat (perkara-perkara yg menggembirakan), para sahabat bertanya: apakah mubassyiraat itu, Jawab baginda: Mimpi yang benar.”
(Sahih Al-Bukhari)

Al-Imam Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadith ini menyertakan sama sebuah hadith bagi Abu Ya’la daripada Anas bin Malik:
“Sesungguhnya risalah dan kenabian itu telah terhenti, tidak ada nabi lagi dan tidak ada rasul lagi selepas-ku, akan tetapi akan kekal al-Mubassyiraat. Sahabat bertanya: Apakah al-Mubassyiraat itu?” Jawab baginda: Mimpi orang muslim satu bahagian daripada bahagian-bahagian kenabian.”

Ibn al-Tiin (اِبْÙ† التِّين) berkata: “Maksud hadith ini ialah bahawasanya wahyu akan terhenti dengan kematian-ku (Nabi saw), dan tidak akan kekal apa yang diketahui daripadanya apa yang akan berlaku, melainkan mimpi.”
Al-Syeikh Masyhur Hasan Salman pula berkata tentang hadith ini (http://www.almenhaj.net/) ketika ditanya dengan soalan:
 “Apakah maksud hadith: “Mimpi yang benar itu satu bahagian daripada 46 bahagian kenabian?”
Jawapan beliau:
“Hadith ini mempunyai dua maksud. Maksud yang aku lihat lebih benar dan yang masyhur, dan yang ditarjihkan oleh al-Hafidz Ibn Hajar di dalam al-fath ialah, tentang tempoh kenabian (Nabi saw) iaitu selama 23 tahun, tempoh penurunan wahyu kepada Nabi saw melalui mimpi yang benar selama 6 bulan. Maka hadith itu menceritakan nisbah mimpi yang benar dari bahagian-bahagian kenabian menyamai 1 dari 46 (bahagian). Inilah pendapat yang lebih benar, lebih zahir dan lebih selamat. "

    No comments:

    Post a Comment

    Post Top Ad

    Your Ad Spot

    Laman-Laman