Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, August 13, 2011

Hadis-Hadis Daif Tentang Bulan Ramadhan


Ramadhan adalah bulan yang mulia, bulan yang paling tepat untuk kita mengejar sebanyak mungkin pahala dan bekalan untuk hidup di dunia dan selepas mati.  Bulan ini adalah bulan untuk menunduk dan melembutkan hati, jiwa dan nafsu kita dengan  melakukan berbagai macam ibadah yang disyariatkan. Oleh itu semua orang termasuk para asatizah atas apa nama sekalipun baik sebagai pendakwah atau amilin perlu memanfaatkan bulan yang penuh berkah ini. Namun demikian ada fenomena sangat menyedihkan yang sering terjadi di bulan suci ini iaitu tersebarnya hadis-hadis yang lemah melalui mimbar-mimbar masjid, surau dan majlis-majlis tazkirah atau ilmu. 

Berikut ini beberapa contoh hadis-hadis lemah yang sering kita dengar dalam bulan Ramadhan:


Hadis Pertama

عَنْ سَلْمَانَ رضي الله عنه قَالَ :خَطَبَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم فِي آخِرِ يَوْمٍ مِنْ شَعْبَانَ , قال : [ أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ أَظَلَّكُمْ شَهْرٌ عَظِيْمٌ مُبَارَكٌ..., وَهُوَ شَهْرٌ أَوَّلُهُ رَحْمَةٌ وَ أَوْسَطُهُ مَغْفِرَةٌ وَ آخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ,... ]( رواه ابن خزيمة(

1. (a) Dalam sebuah hadis panjang yang diriwayatkan oleh Salman RA beliau berkata : Rasulullah SAW berkhutbah pada hari terakhir di bulan Sya’ban, beliau bersabda : “Wahai sekalian manusia kalian telah dinaungi bulan agung yang diberkahi …,bulan yang awalnya adalah rahmat, pertengahannya magfirah (pengampunan) dan akhirnya adalah pembebasan dari api neraka….” [HR. Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya (3/191 no.1887)]

Dalam hadis dari Salman Al-Farisi RA tersebut Nabi SAW juga menyebut:

من فطر صائما على مذقة لبن، أو تمرة، أو شربة من ماء، ومن أشبع صائما سقاه الله من الحوض شربة لا يظمأ حتى يدخل الجنة، وهو شهر أوله رحمة، ووسطه مغفرة، وآخره عتق من النار، فاستكثروا فيه من أربع خصال

Siapa saja yang memberi buka kepada orang yang puasa dengan seteguk susu, sebiji kurma, atau seteguk air, dan siapa yang mengenyangkan orang puasa maka Allah akan memberi minum dari telaga dengan satu tegukan, yang menyebabkan tidak haus sampai masuk syurga. Inilah bulan, yang awalnya adalah rahmah, pertengahannya maghfirah, dan akhirnya ‘itqun minan nar (pembebasan dari neraka). Perbanyaklah melakukan 4 hal dalam bulan Ramadan ….

1.(b) Manakala dalam hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah RA pula berbunyi,
أول شهر رمضان رحمة وأوسطه مغفرة وآخره عتق من النار
Awal bulan Ramadan adalah rahmah, pertengahannya maghfirah, dan akhirnya ‘itqun minan nar (pembebasan dari neraka).”


Penjelasan :

Hadis 1(a) ini diriwayatkan oleh Al-Muhamili dalam Al-Amali, jilid 5, no. 50; Ibnu Khuzaimah dalam Sahih-nya, no. 1887, dengan komen dari beliau, “Andaikan sahih, boleh  jadi dalil;” Al-Wahidi dalam Al-Wasith, 1:640. Sanad hadis ini dhaif kerana adanya perawi Ali bin Zaid bin Jada’an. Orang ini dhaif, sebagaimana keterangan Imam Ahmad dan yang lainnya. Imam Ibnu Khuzaimah menjelaskan, “Saya tidak menjadikan perawi ini sebagai dalil karena buruknya hafalannya.” (Silsilah Ahadith Dhaifah, no. 871)

Hadis ini lemah, Ibnu Khuzaimah sendiri telah mengisyaratkan hal itu, kerananya beliau memberi judul hadis ini : “Keutamaan bulan Ramadhan jika hadisnya sahih”. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Baihaqi.  Dalam isnadnya ada kelemahan, terdapat Abul Hasan Ali bin Zaid bin Ju’dan At Taymi dan dia adalah seorang yang lemah menurut para Imam ahli hadis seperti Imam Ahmad, Yahya bin Ma’in dan Yahya bin Said Al Qaththan rahimahumullah jami’an. Abu Hatim mengatakan bahawa hadis ini mungkar sebagaimana yang dinukil oleh Al Albani dalam Silsilah Al Ahadis Adh Dho’ifah (871).

Manakala hadis 1(b) yang membawa maksud yang sama disebutkan dalam Silsilah Adh-Dhaifah (kumpulan hadis daif), “Hadis ini disebutkan oleh Al-Uqaili dalam Adh-Dhu’afa, hlm. 172; Ibnu Adi dalam Al-Kamil fid Dhu’afa’, 1:165; Ad-Dailami dalam Musnad Al-Firdaus, 1/1:10–11; dengan sanad: dari Sallam bin Siwar dari Maslamah bin Shult dari Az-Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu. Al-Uqaili mengatakan, ‘Tidak ada bukti dari hadis Az-Zuhri.’ Ibnu Adi mengatakan, ‘Sallam bin Siwar, menurutku dia munkarul hadits (perawi hadis munkar), sedangkan Masmalah bin Shult tidak banyak dikenal.’ Demikian pula komentar Adz-Dzahabi. Sedangkan Maslamah, telah dikomentari Abu Hatim, ‘Matrukul hadits (hadisnya ditinggalkan),’ sebagaimana yang beliau sebutkan dalam Mizanul I’tidal, 2:179.” (Silsilah Ahadits Dhaifah, no. 1569)

Dari segi matan, makna kedua-dua riwayat hadis ini pun tidak tepat kerana seolah-olah memberi pengertian bahawa rahmat Allah hanya terkhusus pada 1/3 awal dari Ramadhan, maghfirah pada 1/3 pertengahan dan pembebasan dari api neraka hanya terkhusus pada 1/3 akhir dan makna hadis ini bertentangan dengan beberapa hadis sahih yang menunjukkan bahawa rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka terdapat dalam sepanjang bulan Ramadhan .

Perhatikan hadis-hadis berikut :

أ- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : [ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ ] ( رواه مسلم (

a. Dari Abu Hurairah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Bila tiba bulan Ramadhan terbukalah pintu-pintu rahmat, tertutup pintu-pintu neraka dan para syaitan terbelenggu” ( HR.Muslim dalam Sahihnya, Kitab Ash Shiyam, Bab Fadhl Syahri Ramadhan no.1079 )


ب- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : [ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ], و في  رواية : [ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ] متفق عليه

b. Dari Abu Hurairah RA berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mengerjakan qiyam Ramadhan (solat tarawih) dengan  keimanan dan mengharapkan pahala di sisi Allah maka diampunkan baginya dosa yang lampau”, dalam riwayat yang lain : “Barangsiapa yang mengerjakan puasa di bulan Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan pahala di sisi Allah maka diampunkan baginya dosa yang lampau” [HR.Bukhari dalam Sahihnya, Kitab Al Iman no.37,38 dan Muslim dalam Sahihnya (760)]


ج- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : [ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ  مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ[

Dari Abu Hurairah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Apabila telah masuk malam pertama di bulan Ramadhan maka syaitan dan jin pengganggu terbelenggu, pintu-pintu neraka tertutup tidak satupun terbuka darinya, pintu-pintu surga terbuka tidak satupun tertutup darinya, ada malaikat yang akan menyeru : “Wahai para pencari kebaikan tujulah (kebaikan tsb), wahai para pencari kejahatan berhentilah (dari kejahatan) dan Allah memiliki hamba-hamba yang dibebaskan dari api neraka dan ini terjadi di setiap malam bulan Ramadhan” ( HR.Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab Ash Shaum ‘an Rasulillah, Bab Maa Jaa Fi Fadhli Syahri Ramadhan, no 683)

Ketiga hadis di atas secara menyeluruh menunjukkan bahawa rahmat, maghfirah (keampunan) dan pembebasan dari api neraka berlaku di sepanjang bulan Ramadhan. 



Hadis Kedua

عنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَدْعُوْ بِبُلُوْغِ رَمَضَانَ  فَكَانَ إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَجَبٍ قَالَ : [ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَ بَلِّغْنَا رَمَضَانَ ]  (رَوَاهُ أحمد والطَّبْرَانِيُّ فِي الْمُعْجَمِ الْأَوْسَطِ واللفظ له(

2. Dari Anas RA adalah Nabi SAW berdoa agar diperjumpakan dengan bulan Ramadhan, maka jika beliau sudah berada di bulan Rajab, beliau berdoa: “Ya Allah berkahilah kami di bulan Rajab dan Sya’ban serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan” [ HR. Ahmad (2342) dan Thobrani dalam Al Mu'jam al Awsath (4/149/no.3939); lafal hadis ini bagi beliau ]


Penjelasan :

Dalam sanad hadis ini ada dua perawi yang lemah; Pertama : Zaidah bin Abu Ruqad Al Bahili; dia seorang yang munkarul hadis (hadisnya mungkar) sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Bukhari, Nasai dan Al Hafizh Ibnu Hajar. Kedua : Ziyad bin Abdullah An Numairi dia seorang yang dinilai lemah oleh Imam Yahya Bin Ma’in, Abu Daud dan Al Hafizh Ibnu Hajar. Abu Hatim berkata: Hadisnya boleh ditulis namun tidak dijadikan sebagai hujjah.
 
Namun demikian bukan berarti kita tidak boleh berdoa kepada Allah SWT untuk dipertemukan dengan bulan Ramadhan, bahkan Ibnu Rajab Al Hanbali menukil dari Mu’alla bin Fadhl yang menyebutkan bahawa kaum salaf terdahulu berdoa selama enam bulan sebelumnya agar dipertemukan dengan bulan Ramadhan, kemudian berdoa pada enam bulan berikutnya agar Allah Azza wa Jalla menerima amalan-amalan mereka di bulan tersebut. (Lihat : Lathoif Al Ma’aarif, hal 280)


  
Hadis Ketiga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم : [ مَنْ أَفْطَرَ يَوْمًا مِنْ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ رُخْصَةٍ وَلَا مَرَضٍ لَمْ يَقْضِ عَنْهُ صَوْمُ الدَّهْرِ كُلِّهِ وَإِنْ صَامَهُ ] (رواه أبو داود والترمذي وابن ماجه وأحمد والدارمي(

3. Dari Abu Hurairah RA berkata : Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang berbuka sehari di bulan Ramadhan tanpa adanya rukhshah (keringanan/uzur yang dibenarkan syariat) dan tidak pula kerana sakit maka dia tidak bisa mengqadha’ ( mengganti utang puasa tersebut ) walaupun dia berpuasa setahun penuh” [HR. Tirmidzi (723), Abu Daud (2396), Ibnu Majah (1672), Ahmad (8787) dan Darimi (1666)]


Penjelasan:
 
Hadis ini lemah; Imam Bukhari telah meriwayatkannya secara mu’allaq dengan sighah tamridh (bentuk periwayatan yang menunjukkan adanya kelemahan pada hadis). Imam Tirmidzi mengatakan: Saya telah mendengar Muhammad (iaitu Imam Bukhari) berkata : Abul Muthawwis namanya adalah Yazid bin Al Muthawwis, dan saya tidak mengenalinya kecuali pada hadis ini. Imam Ibnu Hibban mengatakan tidak boleh berhujjah dengan riwayatnya yang dia bersendirian padanya. Al Hafizh Ibnu Hajar menilainya sebagai seorang yang layyinul hadis (hadisnya lembik), beliau menyebutkan dua ‘illah (cacat) lain dari hadis ini iaitu adanya ikhtilaf yang banyak dalam periwayatan Habib bin Abu Tsabit berarti hadisnya mudhtharib (goncang) kemudian ‘illah yang ketiga para ulamak meragukan apakah Muthawwis mendengar secara terus dari Abu Hurairah RA atau tidak. Hadis ini telah dilemahkan pula oleh Al ‘Allamah Al Albani rahimahullah dalam beberapa kitab beliau di antaranya : Daif Sunan Abi Daud (517), Daif Al Jami’ Ash Shogir (5642) dan dalam takhrij Al Misykah (1/626 no. 2013)

Adapun makna dari hadis ini maka sebagian ulamak berpegang padanya seperti Ali bin Abi Talib, Abdullah bin Mas’ud dan Abu Hurairah RAm yang mereka mengatakan bahawa orang yang berbuka dengan sengaja tidak diterima puasa qadha’nya walaupun dia membayarnya sepanjang tahun, ulamak salaf lainnya seperti Said bin Musayyib, Said bin Jubair dan Qatadah tetap membolehkan mengqadha’ puasanya sesuai dengan jumlah hari yang ditinggalkannya tentu saja diiringi dengan taubat nasuha. [Lihat : Tuhfatul Ahwadzi (3/341) dan Aunul Ma'bud (7/21)]



Hadis Keempat

 عَنْ عَامِرِ بْنِ رَبِيعَةَ رضي الله عنه قَالَ : “رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم مَا لَا أُحْصِي يَتَسَوَّكُ وَهُوَ صَائِمٌ” ( رواه الترمذي و أبو داود والدارقطني و البيهقي(

4. Dari ‘Amir bin Rabi’ah RA berkata : “Saya telah melihat Nabi SAW bersiwak dalam jumlah yang tidak mampu saya hitung padahal beliau berpuasa” [HR. Tirmidzi (116), Abu Daud (2634), Daraquthni dan Baihaqi (4/272)]


Penjelasan :

Hadis ini lemah sanadnya; diriwayatkan oleh para imam yang disebutkan di atas dari jalur ‘Ashim bin Ubaidullah dari Abdullah bin ‘Amir bin Rabi’ah dari ayahnya. Imam Ad Daraquthni berkata : Ashim bin Ubaidullah dan selainnya lebih kuat darinya. Baihaqi berkata : Dia bukan seorang yang kuat. Ulamak-ulamak lain seperti Ahmad bin Hanbal, Yahya bin Ma’in dan Muhammad bin Sa’ad juga telah membicarakannya. Bukhari berkata : Munkarul hadis (hadisnya mungkar). Al Hafizh Ibnu Hajar juga menilainya sebagai seorang yang dhaif.

Namun hal ini tidaklah berarti bahawa tidak boleh menggunakan siwak pada saat berpuasa. Imam Abu Isa At Tirmidzi berkata setelah menyebutkan hadis ini : “Makna hadis ini telah diamalkan oleh para ulamak, dimana mereka memandang tidak mengapa seorang yang berpuasa untuk bersiwak namun demikian ada sebagian ulamak yang memakruhkan bersiwak bagi orang yang berpuasa dengan menggunakan siwak yang beraroma dan siwak yang basah pada siang hari. Adapun Imam Syafi’i beliau memandang tidak mengapa bersiwak baik itu pada pagi hari maupun pada siang hari. Imam Ahmad dan Ishaq telah memakruhkan bersiwak pada waktu siang”

Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh Thabrani sebagaimana yang terdapat dalam At Ta’liq Al Mugni dari Abdurrahman bin Ghunaim beliau berkata : Saya telah bertanya kepada Muadz bin Jabal: “Apakah (boleh) saya bersiwak sementara saya berpuasa? Muadz menjawab : Iya. Aku bertanya lagi : “Bila aku boleh bersiwak?” Beliau menjawab : “Bila-bila saja baik waktu pagi maupun petang”. Saya berkata lagi sesungguhnya sebahagian manusia memakruhkannya dengan beralasan bahawa Rasulullah SAW bersabda :
[ لَخُلُوفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ تَعَالَى مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ ]
“Sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kesturi”

Beliau (Mu’adz) berkata : “Maha Suci Allah, beliau telah menyuruh mereka bersiwak kerana beliau tahu bahawa mulut orang yang berpuasa pasti memiliki bau (walaupun telah bersiwak)”. Al Hafizh Ibnu Hajar dalam kitabnya At Talkhish Al Habir (2/202 no 908) mengatakan bahawa riwayat Muadz ini sanadnya baik

Al Albani rahimahullah dalam buku beliau Al Irwa’ (1/107) mengatakan setelah beliau menyebut perkataan Syafi’i : “Dan inilah pendapat yang benar berdasarkan keumuman dalil, seperti hadis yang akan disebutkan selanjutnya yang menganjurkan bersiwak setiap solat dan setiap wudhuk, pendapat ini pula yang dipegangi oleh Bukhari dalam kitab Sahihnya walaupun beliau mengisyaratkan akan kelemahan hadis Amir ini”



Hadis Kelima

 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عنه قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ : اشْتَكَتْ عَيْنِي أَفَأَكْتَحِلُ وَأَنَا صَائِمٌ ؟ قَالَ :  نَعَمْ

5. Dari Anas bin Malik RA berkata : “Seseorang datang menghadap Nabi SAW seraya berkata : “Mataku sedang sakit apakah boleh aku bercelak sementara aku berpuasa ?” Beliau menjawab : “Ya” [ HR.Tirmidzi (726 )]


Penjelasan :

Imam Tirmidzi setelah meriwayatkan hadis ini beliau berkata : “Hadis Anas adalah hadis yang isnadnya tidak kuat dan tidak ada satupun hadis sahih dari Nabi SAW dalam masalah ini, pada hadis ini ada rowi Abu ‘Atikah sedangkan dia seorang yang dilemahkan”

Abu Atikah yang dimaksud adalah Thorif bin Salman dan ada yang mengatakan Salman bin Thorif, dia telah meriwayatkan hadis dari Anas. Abu Hatim mengatakan tentangnya: “Dzahibul Hadis” (hadisnya pergi/ditinggalkan). Imam Bukhari mengatakan : Munkarul Hadis, Nasai mengatakan dia bukan seorang yang tsiqoh (terpercaya). Daraqutni berkata : Daif (lemah) . Bahkan Sulaimani menyebutkan orang tersebut sebagai salah satu dari yang dikenal sebagai pemalsu hadis. Adapun Ibnu Hajar beliau menilai sebagai Daif dan menganggap hukum yang ditetapkan Sulaimani berlebihan.

Tirmidzi menuturkan : “Para ulamak telah berbeda pendapat tentang hukum bercelak bagi orang yang berpuasa; sebagian ulamak seperti Sufyan, Ibnu Mubarak, Ahmad dan Ishaq memakruhkannnya dan sebagian ulamak yang lain memberikan keringanan akan kebolehannya dan ini adalah pendapat Imam Syafi’i”

Insya Allah- pendapat Imam Syafi’i inilah yang benar, kerana Abu Daud telah meriwayatkan dalam sunannya dengan sanad yang hasan bahawa Anas RA pernah bercelak pada saat berpuasa. Yang serupa dengan ini hukum tetes mata hal ini juga tidak mengapa kerana mata bukanlah pengantar untuk ke perut. Tetes dan celak keduanya tidak termasuk makanan dan minuman serta tidak mengambil hukum keduanya. (Lihat Fatawa Al Lajnah Ad Daimah 10 : 250-253).



Hadis Keenam

حديث أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا : اغْزُوْا تَغْنَمُوْا وَصُوْمُوْا تَصِحُّوْا وَسَافِرُوْا تَسْتَغْنُوْا )رواه الطبراني في الأوسط وأبو نعيم في الطب النبوي كما في المقاصد الحسنة(

6. Dari Abu Hurairah RA secara marfu’ : “Berperanglah (berjihad) niscaya kalian akan mendapatkan ghanimah, puasalah niscaya kalian akan sehat dan bersafarlah niscaya kalian akan berkecukupan” [ HR.Thabrani dalam Al Mu'jam Al Awsath (8/174 no.8312) dan Abu Nu'aim dalam Ath Thib An Nabawi sebagaimana yang disebutkan dalam Al Maqashid Al Hasanah ( hal 282 ) ]


Penjelasan :

Hadis ini diriwayatkan oleh dua imam di atas dari Muhammad bin Sulaiman bin Abu Daud Al Harrani dari Zuhair bin Muhammad dari Suhail bin Abu Sholih dari bapaknya dari Abu Hurairah RA. Thobrani berkata : Tidak ada yang meriwayatkan hadis ini dengan lafazh seperti ini kecuali Zuhair”

Zuhair yang beliau maksudkan adalah Abul Mundzir Al Khurasani; Abu Bakar bin Al Atsram berkata : Saya telah mendengar Abu Abdillah (yakni Imam Ahmad-pen) dan dia menyebutkan riwayat penduduk Syam dari Zuhair bin Muhammad, beliau berkata : “Mereka meriwayatkan darinya hadis-hadis mungkar”

Abu Hatim berkata : “Kedudukannya adalah shidq(jujur) akan tetapi hafalannya buruk, hadis yang diriwayatkannya di Syam lebih mungkar dari hadisnya di Irak disebabkan hafalannya yang buruk, maka apa yang diriwayatkannnya melalui hafalan banyak kesalahan-kesalahannya dan apa yang diriwayatkan dari tulisannya maka baik”

Al Hafizh Ibnu Hajar berkata : “Dia telah bermukim di Syam kemudian Hijaz, dia seorang yang tsiqoh (terpercaya) akan tetapi riwayat penduduk Syam darinya tidak mustaqimah (lurus) maka dia dilemahkan disebabkan hal tersebut”

Dan hadis ini salah satu dari riwayat penduduk Syam kerana Muhammad bin Sulaiman Al Harroni (berasal dari Syam) dan kelemahan lain dari hadis ini adalah guru dari Thobrani iaitu Musa bin Zakariyya; dia seorang yang matruk (ditinggalkan)

Imam Ash Shoghani menilai hadis ini sebagai hadis palsu, kerana itu beliau memasukkannya dalam kitab beliau Al Maudhu’at (72). Namun penilaian ini dianggap berlebihan oleh Syaikh Al Albani, yang tepat kita katakan hadis ini lemah namun tidak sampai darjat maudhu’ (palsu). Lihat : Silsilah Al Ahadis Adh Dho’ifah (1/420 no.253).



Hadis Ketujuh

عن أبي مسعود الغفاري رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول ذات يوم وقد أهل رمضان فقال : [ لَوْ يَعْلَمُ الْعِبَادُ مَا رَمَضَانُ لَتَمَنَّتْ أُمَّتِيْ أَنْ يَكُوْنَ السَّنَةَ كُلَّهَا ... إِنَّ الْجَنَّةَ لَتَزَيَّنُ لِرَمَضَانَ مِنْ رَأْسِ الْحَوْلِ إِلَى الْحَوْلِ ...]

7. Dari Abu Mas’ud Al Ghifari RA berkata : “Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika bulan Ramadhan telah datang : “Seandainya para hamba mengetahui apa (hakikat) bulan Ramadhan maka tentu ummatku menginginkan Ramadhan itu sepanjang tahun,…sesungguhnya syurga berhias untuk bulan Ramadhan di setiap penghujung tahun ke tahun berikutnya …..”
[ HR.Ibnu Khuzaimah dalam sahihnya (1886), Ibnul Jauzi dalam kitab Al Maudhu'at (2/547) dan Abu Ya'la dalam Musnadnya sebagaimana yang disebutkan dalam Al Mathalib Al Aliyah ]


Penjelasan :

Para Imam tersebut meriwayatkan hadis ini dari jalur Jarir bin Ayyub Al Bajali dari Sya’bi dari Nafi’ bin Burdah dari Abu Mas’ud Al Ghifari.

Kedudukan hadis ini palsu, penyebabnya adalah Jarir bin Ayyub; Ibnu Hajar menyebutkan dalam Lisanul Mizan (2:101) bahawa dia terkenal akan kelemahannya, kemudian beliau menukil perkataan Abu Nu’aim tentangnya bahawa dia pernah memalsukan hadis. Bukhari berkata : Munkarul Hadis dan Nasai mengatakan : Matruk (ditinggalkan). Ibnu Jauzi juga menilai hadis ini sebagai hadis yang palsu. Ibnu Khuzaimah sendiri meragukannya sehingga beliau berkata : “Jika hadis ini benar kerana hati ini meragukan Jarir bin Ayyub Al Bajali”



Hadis Kelapan

 نَوْمُ الصَّائِمِ عِبَادَةٌ
Tidurnya orang yang berpuasa merupakan ibadah”

 
Penjelasan :

Hadis ini dilemahkan oleh Imam Al Iraqi dalam kitab beliau Al Mughni ‘An Hamli Al Asfar fii Takhrij Maa fil Ihyaa minal Akhbaar (buku yang mentakhrij hadis-hadis yang termuat dalam kitab Ihya Ulumuddin karya Al Ghazali), beliau berkata : “Hadis ini kami riwayatkan dari kitab Amali Ibnu Mandah dari riwayat Ibnu Mughirah Al Qawwas dari Abdullah bin Umar dengan sanad yang lemah. Mungkin yang dimaksud (oleh Ibnu Mandah) adalah Abdullah bin ‘Amr bukan Ibnu Umar, kerana para ulamak menyebutkan bahawa riwayat Ibnul Mughirah hanyalah dari Abdullah bin ‘Amru. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Abu Manshur Ad Dailami dalam Musnad Al Firdaus dari hadis Abdullah bin Abu Awfa dan pada sanadnya ada Sulaiman bin ‘Amr An Nakha’i salah seorang pendusta ” (Al Mughni ‘an Hamlil Asfar 1/182)

Matan hadis ini juga telah disalahgunakan oleh banyak masyarakat awam sehingga pada waktu berpuasa kebanyakan mereka hanya isi dengan tidur, bahkan diantara mereka ada yang tidak melaksanakan beberapa sholat wajib dan nanti terjaga saat menjelang buka puasa.Wallahu Musta’an.



No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman