Oleh: Sakinah Omar
"Luruskan saf" Imam melaungkan suaranya lewat corong mikrofon.Aku masuk ke dalam saf untuk bersolat.Kurapatkan badanku ke ahli jemaah di sebelah kananku.Jemaah di sebelah kiriku agak jauh dan ada ruang kosong di antaraku dengannya.Aku menariknya dengan lembut untuk mendekatiku.Dia bergerak sedikit,tapi masih belum rapat.Aku menariknya lagi."Rapatkan saf kak" aku berkata dengan baik.Imam mengangkat takbir.Masih ada ruang di antara aku dengannya.Sedih...Aku tak mampu berkata lebih dari itu.Aku jarang ke masjid ini.Walaupun di perkampunganku.Tentu aku kelihatan seperti orang luar yang masuk kampung orang lain.Aku mengangkat takbir.Semoga aku boleh kyusuk walaupun sebenarnya hatiku terganggu dengan keadaan itu.
Fenomena saf renggang
Satu keadaan yang selalu kita lihat di kebanyakan surau-surau dan masjid di Malaysia ini ialah keadaan saf yang tidak rapat.Lebih ketara di mana ramainya jemaah yang terdiri di kalangan mereka yang sudah memasuki 'usia emas'.Masing-masing dengan sejadah lebarnya yang cantik terhias.
(Teringat kisah yang pernah saya dengar tentang Syaitan yang mempengaruhi seorang pembuat sejadah agar membuat dan menjual sejadah yang bersaiz besar.Apabila orang-orang Muslim solat meggunakannya dan mereka begitu sayang kepada sejadahnya yang besar dan cantik,pasti mereka tidak akan merapatkan saf mereka.Licik!)
Di bawah adalah beberapa baris dialog yang pernah berlaku di antara saya dan beberapa orang jemaah di masjid:
'Tak pe lah,makcik solat atas sejadah makcik je' seorang makcik berkata bila diminta dirapatkan saf.
Yang seorang lagi pila bersuara 'Makcik memang tak boleh rapat-rapat,pening kepala'.
Adeh...kalau tidak kerana telah diajar untuk menghormati orang tua,teringin aje saya berkata kepadanya 'Kalau tak leh solat rapat-rapat dengan orang lain,balik solat kat rumah sorang-sorang lagi baik makcik!'
Di waktu yang lain pula saya pernah berkata kepada jemaah di hadapan' saya 'Rapatkan saf,nanti ada syaitan yang menyelit kat tengah ni'. Tapi ada mereka kisah atau ambil peduli?TIDAK!
Saya rasa sangat tertekan dan tak dapat khusyuk solat.Itu kali pertama dan terakhir saya bersolat di situ.
Apa kata Baginda sallahu 'alaihi wasallam tentang persoalan 'Rapatkan saf''
"Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).
Dari Nu'man bin Basyir RA berkata,
"Adalah Rasulullah SAW meluruskan saf kami, seolah-olah meluruskan anak panah sehinggalah beliau berpuas hati bahawa kami telah memenuhi pangilannya. Pada satu hari, beliau keluar untuk solat. Beliau berdiri dan ketika hendak takbir, kelihatan seorang yang dadanya kehadapan dari saf. Beliaupun besabda, Hendaklah kalian luruskan saf kalian, atau ALLAH akan memecahbelahkan persatuan kalian." (HR Muslim no 436).
Subahanallah! Begitu sekali Baginda saw menitikberatkan saf yang rapat.Cuba bayangkan kalau keadaan dada seseorang yang ke hadapan sedikit.Tentu tak lah berapa keatara.Tapi itu pun Baginda saw tegur untuk dibetulkan.Tidakkah itu memberi petanda akan kepentingannya?
Atas kesedaran tentang pentingnya perkara ini, Umar bin Khattab RA mewakilkan seorang untuk meluruskan saf. Beliau tidak akan bertakbir memulai solat selagi belum dikhabarkan bahawa saf telah lurus. Begitu juga Ali dan Uthman. Ali sering berkata sebelum solat, " Ke hadapan wahai fulan! Ke belakang wahai fulan!" (Jami' Tirmizi 1/439, Muwattha 1/173, Al-Umm 1/233).
Meluruskan saf bukannya perkara yang patut dipandang enteng.Kita kena ambil berat akan perkara ini!
Bersolat jemaah di bumi Makkah semasa belajar dulu,bermakna merapatkan saf dengan bahu rapat ke bahu dan kaki juga menyentuh kaki jemaah di sebelah.
Sewaktu masih mengajar di ICDC(Islamic Child Islamic Centre) guru yang bertugas akan berkata "Shoulder to shoulder,foot to foot".Lalu amak-anak kecil ini terus merapatkan saf mereka.Tiada langsung ruang di antaranya dengan kawan di sebelahnya.Anak-anak kecil bisa melakukannya.Kita bagaimana?
Anas bin Malik RA berkata, " Masing-masing dari kami (dahulu) menempelkan bahunya ke bahu kawan, dan mengenakan kakinya ke kaki kawannya. Jika kamu lakukan pada zaman sekarang, nescaya mereka menjadi seolah-olah KELDAI LIAR. (tidak suka dan menjauh). " (HR Abu Ya'la dalam Musnad 3720, Silsilah Sohihah 31)
Bushair bin Yasar Al-Ansari berkata, dari Anas RA, "Bahawa ketika beliau (Anas) datang ke Madinah, beliau ditanya, ' Apa yang engkau benci pada mereka semenjak engkau mengenali Rasulullah SAW ?' Beliau menjawab, ' Tidak ada yang aku benci dari mereka kecuali mereka tidak merapatkan saf." (HR Bukhari 724, sebagaimana dalam kitab Aktha Almusollin, Syaikh Masyur Hasan 207).
Allah,Allah....Tidak merapatkan saf masuk dalam senarai perkara yang mereka benci!
Mungkinkah mereka tidak tahu bahawa Baginda saw pernah bersabda yang membawa maksud:
,
"Luruskan saf kalian, dan luruskanlah bahu-bahu kalian, dan tutuplah celah-
celah. Jangan biarkan celah-celah tersebut untuk syaithan. Barangsiapa yang
menyambung saf, nescaya Allah akan menyambung(urusan) nya. Barangsiapa
yang memutuskan saf, nescaya Allah akan memutus(urusan) nya." (HR Abu
Daud 666, Sohih Targhib wa Tarhib 495)
Relakah kita jika Allah memutuskan urusan kita?
Pada siapa lagi yang boleh kita harapkan kalau tidak padaNya?
Tidakkah kita mahu Allah dan malaikatnya mendoakan kita yang merapatkan saf?
"Sesungguhnya Allah dan para MalaikatNya mendoakan orang yang
menyambung saf." (HR Ahmad 4/269, 285, 304).
Alangkah ruginya kita apabila tidak mendapat pahala solat sepenuhnya hanya kerana kita lalai atau mementingkan keselesaan peribadi, lihat sabda Nabi,
"Sesungguhnya seorang hamba itu mendirikan solat tetapi tidak mendapat pahala kecuali sepersepuluh, sepersembilan, seperlapan, sepertujuh, seperenam, seperlima, seperempat, sepertiga atau setengah."
(HR Abu Daud, An Nasai).
Solat jemaah dari segi Sains
Seorang professor fizik di Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif.
Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.
Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.
Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama.
Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita. Semasa kita solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai kelebihan.
Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.
Ia berlaku apabila cas yang berlebihan sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat berapa jam.
Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas.
Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.
Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas.
Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu sebelumnya.
Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat Isyak yang mengandungi 4 rakaat.Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat Isyak.
Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya, solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).
Dalam kajiannya, professor ini mendapati bahawa Islam adalah satu a gama yang l engkap dan istimewa.
Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri.
Belaiu merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Sabda Rasulullah SAW, "Solatlah kamu sepertimana kamu lihat aku solat" (HR Bukhari dan Ahmad, dalam Irwaul Ghalil 213).
Tanyalah iman kita.Siapa yang kita ikut dalam hidup?
Siapa yang mempunyai otoriti dalam menetapkan hukum selepas Allah?
Bukankah kita beribadah agar diterima sebagai amalan yang baik di sisi Allah?
Tepuk dada,tanyalah iman.
No comments:
Post a Comment