Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, August 10, 2011

Perjuangan Untuk Libya Semakin Hebat

Sumber: We Care PMRAM

Peperangan di Libya masih belum berakhir, tambahan pula berikutan kes pembunuhan komander tentera pemberontak Abdel Fattah Younes di Benghazi pada 28 julai yang lalu. Younes ialah bekas jeneral dan Menteri Pendalaman Libya di bawah kepimpinan Muammar Gadaffi sebelum beliau menyertai tentera pemberontak pada bulan Febuari yang lalu.

Keadaan Libya setelah kematian Younes amat tegang terutamanya di pihak pembangkang. Selepas pembunuhan Younes, pertempuran kuat oleh pihak pemberontak berlaku di kubu Baghazi di timur Negara Libya. Dalam pertempuran bersama pihak Pro-kerajaan, 15 perjuang daripada barisan kepimpinan pemberontak terkorban.

Di Negara barat, pihak pembangkang telah meraih kemenangan dengan kejayaan menakluki wilayah-wilayah selepas melancarkan serangan batu terhadap tentera kerajaan. Angkatan-angkatan di bawah ketua komander pemberontak telah membuat strategi di bandar-bandar Ghezaia dan Takhut pada minggu yang lalu. Mereka mengatakan tentera pemberontak akan berarak di Tripoli tidak lama lagi.

Serangan udara Nato di Libya telah di teruskan di seluruh pelusuk negara t ermasuklah di salah satu TV di Tropoli, Libya dan mengatakan kerajaan menuntut untuk membunuh tiga oran lagi dkalangan mereka. Gadaffi mengatakan musuh-musuh Libya yang di kalahkan akan menghadapi rintangan dengan kebangkitan rakyat Libya. Walau bagaimanapun apabila berlakunya rebut pasir yang teruk di Western Libya pada 31 jualai menghalang serangan udara di kawasan itu.
01) Kumpulan pertama sukarelawan wanita Libya yang terlatih sedang memegang senjata mereka pada di Benghazi [Esam Al-Fetori/Reuters]

02) Foto bertarikh 13 Mac yang lalu menunjukkan Jeneral Abdel Fattah Younes, komander pasukan pemberontak Libya, yang hadir pada sidang akhbar di Benghazi. Younes telah dibunuh pada 28 Julai di Benghazi [Gianluigi Guercia / AFP]


03) Pejuang pemberontak Libya bersorak dengan slogan-slogan agama dan membawa gambar Younes semasa pengebumiannya pada 29 Julai. Di kubur, Younes ',anak lelakinya berkata: “Kami mahu Muammar untuk kembali! Kami mahu kembali bendera hijau”, Associated Press melaporkan [Gianluigi Guercia / AFP]



04) Seorang pemuda berdiri di atas lampu jalan semasa perhimpunan pro-kerajaan di Tripoli, 28 Julai [Caren Firouz / Reuters]



05)Seorang pejuang pemberontak Libya memainkan instrumen tradisional Oud selepas pemberontak mengambil kawalan kampong di barat daya Gazaia pada 28 Julai [Alessio Romenzi / AFP]



06) Pejuang pemberontak Libya bergerak bersama kereta kebal di pusat pemeriksaan berhampiran bandar Nalut di barat Libya pada 29 Julai [Bob Strong /Reuters]



07) Selepas serangan udara NATO di pengarah TV Libya, Khaled Basila berkata, tiga wartawan telah dibunuh dalam pengeboman yang disifatkannya sebagai keganasan antarabangsa [Reuters]



08)Pejuang Pemberontak membuat pelancar roket daripada paip keluli di bengkel di Zintan, barat Libya [Colin Summers / AFP]



09) Seorang pejuang pemberontak mengambil perlindungan semasa bertempur dengan tentera kerajaan di kampung Josh, di kaki banjaran gunung Nafusa, barat Libya [Colin Summers / AFP]




10) Seorang gadis memegang bendera pada perhimpunan menyokong Muammar Gaddafi di tengah-tengah Tripoli pada 31 Julai [Caren Firouz / Reuters]




11) Para penyokong Muammar Gaddafi menunjukkan sokongan mereka semasa perhimpunan di tengah-tengah Tripoli pada 31 Julai. Selepas kebangkitan bermula pada bulan Februari, Gaddafi berkata bahawa dia bersama rakyat untuk menewaskan para pemberontak [Caren Firouz / Reuters]




12) Kelihatan tiga ekor unta di belakang pokok tamar di bandar terpencil Ghazaia di barat Libya pada 31 Julai [Bob Strong / Reuters]




13) Seorang pejuang pemberontak Libya memegang senapang sebagai menaikkan semangat kemenangan. Manakala seorang lagi pemberontak Libya menaikkan bendera Libya di atas gudang yang rosak berhampiran Benghazi selepas pertempuran dengan pejuang pro-Gaddafi pada 31 Julai [AFP]



14) Pemberontak Libya melepaskan tembakan anti-pesawat ke arah pesawat tentera kerajaan Libya berhampiran kampung Tiji di barat Libya pada 31 Julai [Bob Strong / Reuters]

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman