Hukum mendengar penyanyi perempuan maka berikut pendapat Asy Syeikh Ahmad asy Syarbashi, salah seorang syeikh di Universit al Azhar didalam bukunya “Mereka bertanya kepada anda...” :
Hukum mendengar suara penyayi perempuan bergantung keadaan suaranya. Apabila suaranya digetarkan dan dapat membangkitkan syahwat maka hal itu haram, diharamkan mendengarkannya. Ini kerana hal itu telah jatuh ke dalam dosa dan dan membangkitkan syahwat. Begitu juga halnya apabila nyanyiannya mengandungi sesuatu yang diharamkan maka hal itu tidak boleh dinyanyikan oleh si penyanyinya (sama ada laki ataupun perempuan) dan tidak boleh didengarkan oleh si pendengar.
Namun jika suara si penyanyi itu adalah biasa saja dan tidak membangkitkan syahwat serta liriknya adalah kebaikan yang akan membangkitkan semangat, keutamaan akhlak maka hal ini tidaklah haram.
" Ruba’i Binti Mu’awwidz Bin Afra berkata:
Nabi Saw datang ke pesta perkahwinanku, lalu baginda duduk di atas dipan seperti dudukmu denganku, lalu mulailah beberapa orang hamba perempuan kami memukul gendang dan mereka menyanyi dengan memuji orang yang mati syahid pada perang Badar. Tiba-tiba salah seorang di antara mereka berkata: “Di antara kita ada Nabi S.A.W. yang mengetahui apa yang akan terjadi kemudian.” Maka Nabi S.A.W. bersabda:
“Berhentilah perbualan itu. Teruskanlah apa yang kamu (nyanyikan) tadi.” [HR. Bukhari, dalam Fâth al-Bârî, juz. III, hal. 113, dari Aisyah ra].
Suara adalah suatu perkara, tapi bagaimana jika wanita itu menyanyi di kaca TV atau di khalayak ramai yg bermakna dia mendedahkan mukanya meskipun muka bukan aurat tetapi arahan Allah supaya direndahkan pandangan lelaki terhadap wanita dan sebaliknya akan dilanggari. Justeru pandangan mengatakan haram wanita menyanyi bukan sahaja disebabkan bimbang fitnah suaranya tetapi juga arahan Allah yg disebutkan tadi.
Wallahu 'Alam....
No comments:
Post a Comment