Oleh: Dr.Yusuf Al Qaradawi
Lalu pergilah Khalifah Umar dari Kota Madinah ke Al Quds sebagai salah satu pengembaraan penuh sejarah dan menarik, kunci kota Al Quds diserahkan secara rasmi kepadanya, dan Khalifah melakukan perjanjian aman kepada penduduk-penduduk Al Quds waktu itu yang beragama Nasrani dan ia dikenali sebagai perjanjian yang sangat masyhur iaitu ‘Wathiqah Umariyyah’ (The Umariyyah Covenant). Perjanjian itu memberi jaminan bahawa gereja-gereja, hak kepercayaan, syiar agama mereka, diri mereka dan harta mereka akan berada di dalam keadaan aman dibawah persetujuan yang terkandung dalam Wathiqah Umariyyah. Perjanjian ini disaksikan oleh beberapa orang hulu balang Islam antaranya, Khalid bin Al Walid, Abdul Rahman bin Auf, Amru bin Al 'As dan Muawiyah bin Abi Sufyan.
Allah telah memaklumkan kepada Baginda Muhammad SAW bahawa tanah suci ini akan dibebaskan dari cengkaman musuh, atau ia akan diancam dengan pencerobohan dan penjajahan. Kerana itu Umat Islam diseru untuk teguh mempertahankan Al Quds, berjihad mempertahankannya agar tidak jatuh ke tangan musuh, dan berusaha untuk membebaskannya jika ditakdirkan Al Quds ini kembali ke pangkuan Umat Islam.
Hal ini dikhabarkan oleh Baginda SAW mengenai suatu pertempuran yang ditunggu-tunggu antara Kaum Muslimin dan Yahudi, bahawa kemenangan pada akhirnya akan memihak bagi Kaum Muslimin, di mana semuanya menyokong umat Islam sehinggakan batu dan pokok, akan berkata-kata tentang lokasi musuh dengan bahasa lisanul hal atau mungkin dengan cara lisanul maqal.
Diriwayatkan dari Abu Umamah Al Baahili bahawa Nabi SAW bersabda,"Akan sentiasa ada kumpulan di kalangan umatku yang dengan jelas berada dijalan yang benar, terhadap musuh mereka berkeras, dan mereka sama takkan dimudharatkan dengan keangkuhan musuh sehingga mereka menerimana arahan dari Allah (mendapat kemenangan atau syahid)". Para Sahabat bertanya,"Di mana mereka itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab,"Mereka itu berada di Baitul Maqdis dan di sekitarnya". - web qaradawi.net
Moga-moga apa yang disampaikan oleh Dr.Yusuf Al Qaradawi menjadi ingatan kepada kita bahawa tanggungjawab yang besar harus digalas oleh seluruh umat Islam untuk membebaskan Palestin. Pada bulan Mei 2011 ini, genaplah ulangtahun peristiwa Nakbah yang ke 63. Peristiwa Nakbah secara rasminya diingati pada 15 Mei setiap tahun. Ia merujuk kepada pengistiharan negara haram Israel pada 15 Mei, manakala ia disambut di Israel sebagai ‘Hari Kemerdekaan’ Israel setelah mereka memenangi peperangan yang mereka dakwa sebagai ‘The War of Independence’ (Peperangan bagi memperoleh kemerdekaan).
Ulang tahun Nakbah pada tahun ini memberikan harapan baru kepada rakyat Palestin. Ini kerana pandangan umum masyarakat antarabangsa terhadap Israel sudah berubah. Jika sebelum ini rata-rata masyarakat antarabangsa mempertahankan apa juga tindakan biadap Israel termasuk melakukan serangan dan membunuh rakyat Palestin, kini Israel berhadapan dengan cemuhan dan bantahan rakyat awam dan pemimpin dunia. Jika dahulu rakyat Palestin dilihat sebagai pengganas dan musuh kepada proses damai, kini telah terbentang seluas-luasnya di mata rakyat dunia bahawa Israel-lah pengganas, negara yang dibina mereka wajar yang digelar sebagai rogue state (negara penyangak).
Amat luar biasa sekali, era-era mutakhir ini pembela negara Palestin bukan sahaja terdiri di kalangan Umat Islam tetapi ia turut diraikan masyarakat Non-Muslim, di Eropah, Amerika, Korea, Jepun dan sebagainya. Benarlah bahawa manusia yang berpeluang meneliti sejarah, mereka akan melihat perjuangan kosmik yang berlaku di antara kuasa baik dan kuasa durjana, watak bacul dan watak panglima, kehidupan bermaruah dan penuh hina.
Salah satu sejarah yang perlu diketahui kita semua, David Ben Gurion pernah menjadi salah seorang pejuang negara Zionist-Yahudi. Maka kejayaan Yahudi menceroboh Palestin pada tahun 1948, telah mengangkatnya menjadi Perdana Menteri Israel pertama. Menariknya, ada sebuah pengakuan Ben Gurion yang wajar difahami oleh pemimpin Arab semua :
“If I were an Arab leader, I would never sign an agreement with Israel. It is normal; we have taken their country. It is true God promised it to us, but how could that interest them? Our God is not theirs. There has been Anti - Semitism, the Nazis, Hitler, Auschwitz, but was that their fault ? They see but one thing: we have come and we have stolen their country. Why would they accept that?”
"Jika saya adalah pemimpin bangsa Arab, saya tidak akan sudi menandatangani satu perjanjian (berunding) dengan Israel. Ini adalah normal; Kita (Israel) telah mengambil tanah mereka. Benar, Tuhan telah menjanjikan (tanah tersebut) untuk kita, tetapi bagi mereka tanah ini apa ertinya? Tuhan kita bukan Tuhan mereka. Memang, ada gerakan-gerakan anti Yahudi (Semit) seperti Nazi, Hitler dan Auschwitz tapi apa salahnya mereka (bangsa Arab) kepada kita? Mereka hanya dapat melihat satu hal; Kita (Israel) datang dan mencuri tanah air mereka. Mengapa mereka harus menerima ini?
Inilah hakikat yang terhujam begitu dalam dengan realiti kebangkitan negara haram Israel yang perlu ditangani. Ucapan Ben Gurion sekaligus menempelak kelesuan dan kebisuan pemimpin-pemimpin Islam, kerana bangsa Yahudi sendiri mengakui jika mereka menyelami perasaan menjadi warga Palestin – sudah pasti penentangan yang paling layak diberikan adalah menekan Israel. Hal yang sama turut pernah disebut oleh Ehud Barak, mantan menteri pertahanan Israel;
“If I were a Palestinian of the right age, I'd eventually join one of the terrorist organizations.”
"Andai saya ditaqdirkan lahir sebagai warga Palestine, saya akan ikut berjuang bersama organisasi terorist (muqawamah) untuk merebut kembali tanah ini" - The Israel Lobby and US Foreign Policy, John Mearsheimer & Stephen Walt.
Amanat 2 orang Yahudi ini ibarat Syaitan yang mengajarkan Ayatul Kursi kepada Abu Hurairah RA. Walaupun istilah terrorist yang disebut oleh Ehud Barak tidak bertepatan dengan idea Islam, tetapi kita sedari bahawa di mana-mana pun kebangkitan Islam untuk melepaskan diri dari penjajahan, maka mereka akan memanipulasi media dengan mengistilahkan pejuang Islam sebagai terrorist. Ketahuilah Islam telah membuktikan kedatangan dengan salam, pertemuan umat Islam dengan salam, perpisahan umat Islam dengan salam, salam disebarkan penuh seluruh. Lalu mengapa umat Islam dianiaya
No comments:
Post a Comment