Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, February 25, 2012

Syarat Penjenamaan Sebuah Negara Islam

Dalam buku Fiqh al-Khilafah (tulisan asal merupakan satu tesis ditulis pada tahun 1928) hasil karangan Dr. Abdul Razzaq al-Sanhuri, seorang tokoh undang-undang telah membincangkan konsep kerajaan menurut kaca mata Islam.  Antara yang menarik di dalam buku ini adalah seperti berikut:

  1. Sesebuah kerajaan tidak akan dianggap sebagai kerajaan Islam melainkan apabila kuasa penetapan dasar (al-Sultoh al-Tasyri`iyyah) adalah diserahkan bulat-bulat kepada ketetapan Allah dan RasulNya, bukan kepada pandangan ahli parlimen.

  2. Kerajaan Islam terbahagi kepada dua; al-Khilafah al-Rashidah (kerajaan yang sempurna) dan al-Khilafah al-Naqisoh (kerajaan yang berlaku kekurangan). Menurut beliau, al-Khilafah al-Rashidah hanya akan berlaku apabila sistem perlantikan seseorang khalifah adalah dengan pemilihan daripada rakyat. Sekiranya sistem yang diamalkan adalah sistem beraja, maka kerajaan tersebut adalah al-Khilafah al-Naqisoh.

  3. Dari sudut sejarah, al-Khilafah al-Rashidah hanya berlaku bermula daripada pemerintahan Sayyidina Abu Bakar dan berakhir pada pemerintahan Sayyidina Ali bin Abi Tolib. Selepas itu sehinggalah jatuh Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924, Khilafah adalah Khilafah yang tempang kerana perlantikan Khalifah adalah dengan cara kekeluargaan.

  4. Apabila khilafah adalah khilafah yang tempang (al-Khilafah al-Naqisoh), maka sekiranya umat Islam dapat menjatuhkan khilafah ini dan dapat menggantikannya kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka umat Islam hendaklah menjatuhkan sebuah Khilafah Islamiah yang tempang.

  5. Sekiranya umat Islam tidak mampu untuk menggantikan al-Khilafah al-Naqisoh kepada al-Khilafah al-Rashidah, maka bersabar dengan kezaliman al-Khilafah al-Naqisoh adalah lebih baik daripada hidup di dalam zaman tiadanya Khilafah langsung.

  6. Antara usaha yang perlu dimainkan bagi mendirikan Khilafah Islamiah buat masa hadapan adalah mewujudkan institusi ilmu yang mampu mengeluarkan orang-orang yang pakar dalam bidang fiqah (al-Mujtahidun).


Sekiranya sebuah Khilafah Islamiah yang melaksanakan hukum-hukum Islam dan menjadikan kuasa pemutus dasar tertingginya adalah Syarak pun boleh dijatuhkan oleh rakyat apabila cara perlantikan Khalifah bukan dengan cara suara rakyat, maka apa sangatlah dengan kerajaan BN yang memerintah Malaysia pada hari ini yang sememangnya bukan negara Islam bahkan sanggup pula mengenepikan aturan-aturan Syarak.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman