Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, September 02, 2011

Pengertian Al-Quran

Al-Quran adalah kalam Allah berupa mukjizat yang diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab dan ditulis dalam beberapa mushaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas dan diriwayatkan secara mutawatir serta membacanya merupakan satu ibadah.


Pencerahan:

Apabila disebut "kalam Allah berupa mukjizat", maka terkeluarlah daripadanya hadis qudsi (hadis yang mengandungi firman Allah). Ia tidak termasuk dalam pengertian al-Quran.

Apabila disebut "diturunkan kepada Rasulullah SAW dalam bahasa Arab", maka terkeluar dari maksud ini iaitu kitab-kitab terdahulu spt Taurat, Zabur dan Injil.

Apabila disebut "ditulis dalam beberapa mushaf bermula dengan surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Nas", maka terkeluarlah daripadanya ayat-ayat yang telah dimansukhkan (dibatalkan).


Apabila disebut "diriwayatkan secara mutawatir", maka Qiraat Syazzah ( قراءة   شاذّØ©) terkeluar daripadanya.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman