Keputusan:
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Pencemaran Asid Deoksiribonukliek (DNA) Babi Pada Produk Makanan Yang Disahkan Halal: Penelitian Dari Aspek Sains Dalam Menentukan Kaedah Penyelesaiannya Mengikut Aspek Syarak. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dato’ Dr. Yaakob Che Man dan Y. Bhg. Encik Dzulkifly Mat Hashim, daripada Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH) Universiti Putra Malaysia serta meneliti hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Islam adalah agama yang bersifat mudah, menyenangkan dan tidak memberatkan umatnya dalam sesuatu perkara atau muamalah sehingga menyempitkan kehidupan harian.
Dalam isu pencemaran bahan-bahan najis seperti DNA Babi yang berlaku pada produk makanan halal, Muzakarah menegaskan bahawa berdasarkan keterangan pakar, setakat ini belum ada penyelidikan yang dilakukan untuk mengenalpasti samada DNA Babi yang tercemar tersebut asli atau sintetik dan sejauhmana tahap pencemarannya juga tidak diketahui. Walau bagaimanapun pencemaran DNA tersebut boleh berlaku dengan mudah melalui udara secara tidak disedari atau tanpa diketahui secara zahir dan pakar-pakar sains berpandangan adalah amat sukar untuk menghalang pencemaran tersebut daripada berlaku.
Sehubungan itu, dalam menangani isu ini berdasarkan Qaedah Fiqhiyyah الأَصْÙ„ُ بَÙ‚َاءُ Ù…َا Ùƒَانَ عَÙ„َÙ‰ Ù…َا Ùƒَانَ (Asal sesuatu perkara hendaklah dikekalkan mengikut asalnya) dan الْÙ…َØ´َÙ‚َّØ©ِ تَجْÙ„ِبُ التَÙŠْسِÙŠْرَ (Kesukaran boleh membawa kepada kemudahan), Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa produk-produk makanan atau minuman yang telah dikaji secara terperinci dan semua ramuan, kandungan dan cara pemprosesannya telah disahkan sebagai bersih, suci dan halal, serta telah menjadi bahan makanan dan minuman umat Islam secara meluas, tetapi kemudiannya didapati produk tersebut mengandungi bahan-bahan najis seperti DNA Babi akibat daripada pencemaran yang tidak disengajakan atau tidak disedari, maka adalah harus bagi umat Islam mengambilnya sebagai makanan atau minuman kerana kandungan asal produk tersebut adalah halal.
Bagi bahan-bahan peralatan pemprosesan yang telah melalui proses samak seperti yang ditetapkan oleh Syarak dengan pemantauan/penyeliaan pihak berkuasa agama, tetapi masih lagi didapati mengandungi DNA Babi, Muzakarah memutuskan bahawa adalah memadai dengan proses samak yang telah dilakukan tersebut dan ianya tidak perlu diulang.
Keputusan ini adalah berdasarkan pensyariatan Islam yang tidak mentaklifkan kepada manusia apa yang mereka tidak mampu melakukannya atau membebankan dan menyukarkan mereka. Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 185:
Maksudnya: Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu.
No comments:
Post a Comment