Post Top Ad
Your Ad Spot
Saturday, January 05, 2019
Peristiwa Hilful Fudhul
TAHALUF
Peristiwa Hilful Fudhul disebut dalam beberapa kitab
antaranya kitab-kitab sirah seperti Ibn Hisyam, Rahiqul Maqhtum Al Mubarakfury,
Ibn Ishaq yang menceritakan peristiwa tersebut secara panjang. "Semasa
Nabi SAW berusia sepuluh tahun, terjadi peperangan yang terkenal dengan
peperangan Fujjar (peperangan penjahat) kerana pelanggaran hukum di bulan-bulan
haram, pihak pertama adalah pihak Quraisy dan Kinanah yang kedua adalah Qais
bin Illan. Ketua kabilah bagi Quraisy dan Kinanah adalah Harb bin Umaiyah kerana
status beliau yang tinggi di kalangan masyarakat Quraisy serta faktor usia
beliau. Kemenangan pun silih berganti antara kedua belah pihak,di awalnya pada
pihak Qais bin Ilan kemudian pada pihak Harb bin Umaiyah, yang pada saat itu
Rasulullah SAW turut serta dalam peperangan di mana Baginda menyediakan
anak-anak panah bagi bapak saudaranya.
Lanjutan daripada peristiwa peperangan Al Fujjar, telah
diadakannya satu perjanjian di dalam bulan Zulqaidah, salah satu bulan haram. Pada
bulan itu dijemput tokoh kabilah-kabilah Quraisy dari Bani Hasyim, seperti Abu
Abdul Mutholib, Asad bin Abdul Uzza, Zuhrah bin Kilab, Taiyim bin Murrah,
Kesemuanya itu berkumpul di kediaman Abdullah bin Jadaan Al-Taimy, kerana
faktor kedudukan yang amat dihormati dan usia beliau di antara mereka semua, di
dalam perjanjian tersebut mereka bersetuju untuk berjanji bagi memihak kepada
siapa saja yang dianiaya dan dizalimi serta bertindak kepada penganiaya
tersebut. Bahkan Rasulullah SAW menyebutkan "perjanjian yang menyenangkan
hatiku, lebih dari kesenanganku terhadap unta-unta gemuk, sekiranya setelah Islam
datang aku diajak mengadakan persetujuan seperti itu, pasti kusambut dengan
baik"
Perjanjian yang menafikan [meniadakan] semangat kefanatikan
jahiliyah yang biasanya timbul dari perasaan ashobiyah kebangsaan atau sukuisme
(perkabilahan) disebutkan bahawa sebab disepakatinya perjanjian ini adalah
lantaran seorang pedagang dari Yaman bernama Zubaid ditipu oleh penduduk Mekkah
oleh kerana barang dagangan yang dibawa pedagang tersebut telah dibeli oleh Als
Ibnu Wail Al Sahmi namun harganya tidak diselesaikan oleh penduduk Mekkah.
Ketika pedagang tersebut meminta tolong kepada sekutunya yaitu Abdul Al Dar,
Makhzum, Jumah, `Adi,dan para penduduk Mekkah tidak ada seorang pun yang
mempedulikannya. Oleh kerana itu dia menulis sebuah syair dan membacanya dengan
keras, kemudian Al Zubair bin Abdul Muthalib bangun dan bertindak "Apa
kalian ini semua bisu? Kemudian dengan hal itu mereka yang telah mengikat janji
Hilful Fudhul segera bertindak menemui Al A'as bin Wail dan mengambil barang
dagangan lelaki dari yaman tersebut kemudian memulangkan kepadanya, setelah
mereka menyepakati perjanjian Al Fudhul Tersebut.
Dari sini kita boleh ambil ibrah [pelajaran] yang jelas dari
peristiwa hilful fudhul di atas, bahawa Rasulullah SAW semenjak sebelum menjadi
Nabi pun telah berusaha membenteras kezaliman yang beliau sendiri berusaha
menjadikan hilful fudhul sebagai salah satu jalan untuk membenteras kezaliman
tersebut. Lantas apa perbezaan hilful fudhul dengan demokrasi yang di sana sebahagian
alasan para tokoh parti dan kaum hizbiyyun saat ini adalah untuk membenteras kezaliman
dengan berkerjasama dengan orang-orang kafir dan lainnya, seperti juga Nabi berkerjasama
dengan musyirikin Quraisy saat itu?
My Prayer, Life and Death… for Allah
Tags
Fiqh Sirah#
Hilful Fudhul#
Perjanjian#
Sirah#
Share This
About Ustaz Hashim Almaranji
Sirah
Labels:
Fiqh Sirah,
Hilful Fudhul,
Perjanjian,
Sirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat.
No comments:
Post a Comment