oleh: al-Maranji
Kecelaruan fitnah dunia membuatkanku terduduk seketika mengenangkan  nilai-nilai islam yang semakin memudar dan meluput dari jiwa generasi muda pada hari  ini. Tidak tertahan setiap kali melihat mayat-mayat bayi yang dibuang dan terkadang air mata ku menitis tanpa kusedari tatkala mengenangkan terlalu  ramai para remaja yang roboh tiang agamanya, tanpa merasa bersalah,. .  Terlalu sukar utkku menerima sebuah hakikat bahawa islam sudah menjadi  sesuatu yang  janggal di dunia akhir zaman ini.  Kiamat sudah semakin dekat, tanda-tanda kecil semuanya telah ada. Yang  tinggal menunggu masa tanda-tanda besar sahaja. 
Ketahuilah wahai saudaraku! Dunia  hanya tempat persinggahan, penjara bagi orang mukmin,syurga bagi orang  kafir. Dunia ibarat air laut yang semakin diminum semakin menambah  haus.Tetapi yang sedihnya apabila mengajak utk berjuang,tidak ramai yang  sanggup,tidak ramai yang  sanggup berkorban jiwa  dan raga, harta dan masa. Orang yang memegang tali perjuangan terlalu  sedikit, tetapi yang mencari kesalahan para pejuang terlalu ramai dan para pejuang Allah menjadi alien atau asing di mata masyarakat.  Sanggupkah teman-teman hanya memerhatikan kegawatan ini dan hanya sibuk dengan dunia sendiri. Cukupkah kita hanya beramal seorang diri sahaja??  Sanggupkah kita melihat sahabat,ahli keluarga,dan masyarakat terpesong  jauh dari nilai-nilai islam?? Dimanakah usaha kita? Kenapakah langkah  kita telalu lambat??
  
 
  
      Sahabatku,dulu  semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan  kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..Lalu kau tunduk kesedihan dan  kebuntuan..Kau benar-benar kebingungan dan bertanya,”apa yang harus ku  lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??” jawabku, bukankah engkau  adalah da’i dan mujahid???”  katamu lagi,” tapi  langkahku terlalu lambat…jawabku,” kau lambat kerana kau sendiri sibuk  dengan urusan duniamu..mengejar impianmu dan lupa akan hari  kebangkitan.. Pada hari itu,amalmu terbentang,tubuhmu terbuka.. Apakah  disana ada bekalmu???..
  
“Pada  akhir zaman orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan  menggenggam bara api,andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..Namun  andai dilepaskan hancurlah dunia..jangan takut untuk berjuang kerana  orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian.kita hidup untuk  perjuangan dan mati utk kehidupan syurga idaman…"  -imam nawawi-
  
 
  
Sememangnya  orang-orang yang berjuang di jalan Allah akan hadapi rintangan, ranjau, duri dan segala kudis-kudis angkara syaitan durjana. Kadangkala aku terduduk menangis menghadapi ujian luar dan juga dalaman, lambang kekerdilan  kudrat hamba. Namun apapun air mata inilah yang akan memadam api neraka  kelak.InsyaALLAH..
  
 
  
“Kerana sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan” (al-insyirah: 5)
  
"Setelah  kefakiran pasti ada kekayaan, setelah kesakitan pasti ada  kesihatan, setelah kesedihan pasti ada kegembiraan, setelah kesempitan  pasti ada kelapangan,  setelah terpenjara pasti ada kebebasan dan setelah  kelaparan pasti ada kekenyangan” -DR AIDH B. ABDULLAH AL-QARNI
Semoga Allah mengampuni diriku dan yang sewaktu dengannya seandainya kami gagal mengembalikan umat ini kepada-Mu Ya Allah! 
 
 
 
 
 
 
       
 
No comments:
Post a Comment