Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, January 11, 2011

DUNIA MENGABURI MATAKU...

Dirimu begitu indah di pandangan ku,
Segala kebahagiaan nampak kekal di mata ku,
Walau ku tahu dirimu hanya setitik debu,
Jika dibandingkan dengan alam yang kekal abadi (QS 9:38),

Walau ku tahu Tuhanku telah mengingatkanku,
Bahawa dunia ini hanya permainan dan sesuatu yang melalaikan (QS 57:20),

Bahawa dunia ini hanya permainan dan senda gurauan (QS 6:32),

Namun, ku masih leka dan hanyut
Dalam permainan yang indah di hati kotor ku ini,

Walau ku tahu Tuhanku telah mengingatiku,
Barang siapa yang menghendaki keuntungan di akhirat,
akan Kami tambah keuntungan itu baginya,
dan barang siapa yang menghendaki keuntungan di dunia,
Kami berikan kepadanya sebahagian dari keuntungan dunia,
dan tidak ada baginya suatu bahagianpun di akhirat (QS 42:20)

Adakah diriku yang hanya inginkan keuntungan dunia?
Yang lebih mementingkan kesenangan dunia?
Yang sering melupakan keuntungan di akhirat kelak?

Betapa bodohnya diriku ini,
Yang sering memilih keuntungan yang sedikit berbanding yang kekal abadi,
Mataku dikaburi dengan kehidupan dunia,
Hatiku lemah melawan nafsu dunia,

Bantulah hamba-Mu ini Ya Allah,
Agar ku tidak lagi leka di pentas dunia ini..

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman