Nukilan: YAG al-Muqri'ah
Hari ini aku kelelahan lagi. Kelelahan kerana rasa itu yang tunda menunda di dalam hati. Suatu bunga rasa yang merobek tangkai jiwa, mencarik-carik segumpal daging bernama hati menjadi cebisan-cebisan kecil. Lantas luka itu dicurah dengan air laut, sungguh pedih, sungguh resah, sungguh lelah!
Aku belajar menjadi tegar dan sabar..Sakit yang mengigit dah aku mula rasa nikmatnya,cuma aku terlalu takut jika hatiku masih berbagi cinta dalam perjalanan menujuNya..
"Liku-liku cinta terkadang bertemu syurga..Menikmati pertemuan indah dan abadi.. Tapi tidak jarang bertemu neraka..Dalam pertarungan tiada berpantai.."
-Rabiah al-Adawiyah-
Entah kali ke berapa rasa itu menyeksa naluri ini. Sungguh galau ( mcm namaku pulak ). Mengapa begini? Hairan sungguh. Seingatku, sudah hampir 5 bulan terlantar di sini, asyik begini. Aku sangat rasa bosan, resah, rasa itu tidak pernah menyinggah hatiku sebelum ini. Alangkah begininya perasaan itu. Alangkah! Mungkin kecewa dengan diri, atau mungkin sebenarnya lebih dari itu, bahagia dengan kuntuman rindu dan penuh harap. Tapi semuanya rasa menjauh..jauh..
'Aku mau PULANG..'
Ah… akhir itu benar-benar membuat aku lemas, cemas dan tewas. Aku tidak pernah berperasaan begini. Sudahnya, aku mampu pasrah dan hanya diam sahaja. Biarlah rasa ini aku simpan kemas sendiri…kejap…erat. hanya antara aku dan Allah…dan pada setangkai doa yang diraut diadu diratap di hadapan Allah dalam lena dan dalam jaga. Sujudku semakin lama, ada rasa syahdu menyelidap dalam tiap rongga nadiku..
Flu dan demamku masih tak kebah. Nak melangkah kaki ku masih terasa perit dan sakit..Kasihan kerusi rodaku..maafkan aku jika kamu letih dibebaniku, alangkah bahgianya sang kerusi roda,baik berkhidmat tak pernah mengeluh..tapi aku yang duduk ni resah je..apalah aku ni..
Oklah..dadaku mula rasa sakit, perit..kepala mula berat..aku harap ini bukan coretan terakhirku..Ampun dan Maafkan Aku jika ini yang terakhir..
No comments:
Post a Comment