Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Jommmm..koreksi diri..Bermadah dansa dalam rahsia, jiwa..hu..hu..tak sempurnanya aku..
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segala...
Apa yang tiada dalam syurga?...
Namun Adam tetap rindukan Hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok...
Untuk diluruskan lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus...
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Didiklah mereka dengan panduan dari Nya...
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita...
Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang Kekal. Disitulah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan Iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan...
Ia bukan diskriminasi Allah....
sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya..
Pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus..
Bahkan akan semakin membengkok...Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...
pasti dunia lelaki huru-hara...
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju Illahi, pimpinlah diri kepadaNya...Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'...Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah.
No comments:
Post a Comment