oleh: Ust Hashim al-MaranjiKecelaruan fitnah dunia membuatkanku terduduk seketika mengenangkan nilai-nilai islam yang semakin memudar dan meluput dari jiwa generasi muda pada hari ini. Tidak tertahan setiap kali melihat mayat-mayat bayi yang dibuang dan terkadang air mata ku menitis tanpa kusedari tatkala mengenangkan terlalu ramai para remaja yang roboh tiang agamanya, tanpa merasa bersalah. Terlalu sukar untukku menerima sebuah hakikat bahawa islam sudah menjadi sesuatu yang janggal di dunia akhir zaman ini. Kiamat sudah semakin dekat, tanda-tanda kecil semuanya telah ada. Yang tinggal menunggu masa tanda-tanda besar sahaja.
Ketahuilah wahai saudaraku! Dunia hanya tempat persinggahan, penjara bagi orang mukmin,syurga bagi orang kafir. Dunia ibarat air laut yang semakin diminum semakin menambah haus. Menyedihkan apabila umat diajak berjuang, tidak ramai yang sanggup berkorban jiwa dan raga, harta dan masa. Orang yang memegang tali perjuangan terlalu sedikit, tetapi yang mencari kesalahan para pejuang terlalu ramai dan para pejuang Allah menjadi asing di mata masyarakat. Sanggupkah anda hanya memerhatikan kegawatan ini dan hanya sibuk dengan dunia sendiri. Cukupkah hanya beramal seorang diri sahaja?? Sanggupkah kita melihat sahabat, ahli keluarga,dan masyarakat terpesong jauh dari nilai-nilai islam?? Di manakah usaha kita? Adusss....Kenapakah langkah kita telalu lambat??
Sahabatku, dulu semalam dan hari ini kau melihat generasi demi generasi menghancurkan kehidupan mereka dengan mengingkari ALLAH..Lalu kau tunduk kesedihan dan kebuntuan..Kau benar-benar kebingungan dan bertanya,”apa yang harus ku lakukan untuk menebus kelelahan umat ini??” jawabku, bukankah engkau adalah da’i dan mujahid???” katamu lagi,” tapi langkahku terlalu lambat…jawabku,” kau lambat kerana kau sendiri sibuk dengan urusan duniamu..mengejar impianmu dan lupa akan hari kebangkitan.. Pada hari itu,amalmu terbentang,tubuhmu terbuka.. Apakah disana ada bekalmu???..
“Pada akhir zaman orang yang memegang tali perjuangan itu bagaikan menggenggam bara api,andai terus digenggam hancur luluh jiwanya..Namun andai dilepaskan hancurlah dunia..jangan takut untuk berjuang kerana orang-orang yang berjuang ini memang dirintangi ujian.kita hidup untuk perjuangan dan mati utk kehidupan syurga idaman…" -imam nawawi-
Sememangnya orang-orang yang berjuang di jalan Allah akan hadapi rintangan, ranjau, duri dan segala kudis-kudis angkara syaitan durjana. Kadangkala aku terduduk menangis menghadapi ujian luar dan juga dalaman, lambang kekerdilan kudrat hamba. Namun apapun air mata inilah yang akan memadam api neraka kelak.InsyaALLAH..
“Kerana sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan” (al-insyirah: 5)
"Setelah kefakiran pasti ada kekayaan, setelah kesakitan pasti ada kesihatan, setelah kesedihan pasti ada kegembiraan, setelah kesempitan pasti ada kelapangan, setelah terpenjara pasti ada kebebasan dan setelah kelaparan pasti ada kekenyangan” -DR AIDH B. ABDULLAH AL-QARNI
Semoga Allah mengampuni diriku dan yang sewaktu dengannya seandainya kami gagal mengembalikan umat ini kepada-Mu Ya Allah!
"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Adalah Untuk Allah Tuhan Semesta Alam"
No comments:
Post a Comment