Post Top Ad
Your Ad Spot
Tuesday, March 29, 2011
Kucuba memahami bisikan hati isteriku...
Oleh: Abuyya
"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Adalah Untuk Allah Tuhan Semesta Alam"
Setelah melalui beberapa tahun perkahwinan aku cuba mempelbagaikan bentuk komunikasi dan interaksi dengan isteri. Salah satu bentuknya ialah kena ada gurauan dan jenaka dalam rumahtangga yang tidak melampaui batas syariat Allah.
Kepandaian berjenaka dan berseloroh yang tidak berlebihan akan mewujudkan suasana mesra serta membuatkan orang lain berasa tenang dan bahagia. Sebagai suami kita perlu mempelbagaikan teknik komunikasi. Kita mungkin perlu tegas dan serius di peringkat awal pembesaran anak tetapi jangan terlalu serius dalam setiap masa sehingga menakutkan isteri dan anak-anak. Kadangkala kita perlu berjenaka, bergurau dan bermanja-manjaan dengan isteri kerana ia adalah rempah ratus terbaik menghidupkan interaksi antara pasangan.
Dalam usia perkahwinan semakin berusia, semakin bertambahnya cabaran rumahtangga, kehadiran anak pinak mengalihkan tumpuan dari memikirkan hal kemesraan kepada hal pemantapan ekonomi. Lalu, kemesraan suami isteri akan mula pudar malah masa isteri akan banyak tertumpu kepada anak-anak. Apa yang perlu dilakukan setiap beberapa tahun suami isteri perlu membuat 'marital checkup' (pemeriksaan perkahwinan) di samping pemeriksaan kesihatan kerana ia perlu untuk menyemak perkahwinan melalui santai berdua2an, memuji2 dan makan berdua seperti semasa kahwin. Kalau ada bajet lebih pergi makan angin berdua dengan meninggalkan anak-anak kepada ibu atau ibu mertua untuk beberapa hari untuk kita bersantai berdua. Inilah 'dating' (temujanji) kita dengan isteri yang halal bukannya dating sebelum kahwin.
Seperkara lagi kekadang suami kononnya nak tambah ekonomi keluarga sehingga isteri menjauhkan diri dan hanya mencurahkan kasih sayang hanya kepada anak. Ramai suami salah tanggap bahawa dengan melakukan demikian dia beranggapan keluarganya bahagia sedangkan tanpa disedari isteri memendam rasa terpendam 'kesunyian' kerana dia memerlukan belaian suami disebabkan belaiannya habis tertumpu kepada anak2. Oleh itu suami perlu ambil cuti atau berehat panjang bagi menghabiskan masa dengan isteri. Paling ringan telefon atau sms isteri setiap hari dan juga sekali sekala ajak isteri keluar makan berdua tanpa gangguan anak-anak.
Tips penting: Budayakan memberi hadiah antara pasangan (tidak perlu mahal tetapi cukup untuk menghargai pasangan), beri bunga, kad ucapan hari perkahwinan, perhiasan emas dsbnya yang boleh membangkitkan kasih sayang, pergi program agama bersama, berdakwah bersama dan jangan kedekut atau lokek memberi pujian kepada isteri dan paling best kalau kita dapat semaikan dalam diri kita, "Bila aku ditanya tentang apakah kelemahan isteriku, lalu aku berkata: "Saya tidak ada saman untuk isteri saya atas apa saja kesalahan termasuk saman ekor... kerana dia adalah teman karibku, ibu kepada anak2ku, dia guruku dalam banyak perkara dan dia banyak membantuku sebagai ketua keluarga (Raja rumahtangga) dan dia adalah Perdana Menteri dalam rumahtanggaku!"
Setiap kali sebelum tidur aku cuba amalkan meminta maaf kepada isteriku bimbang kalau-kalau aku gagal menjadi seorang ketua keluarga sepanjang hari tersebut. Memang sukar untuk mendidik diri sendiri apatah lagi isteri dan ahli keluarga kerana masa yang sedikit sedangkan bebanan tugas yang menggunung.
Sehingga bertemu dalam coretan akan datang, insyaAllah.
Walllahu a'lam
Tags
Dakwah#
Motivasi#
Share This
About Ustaz Hashim Almaranji
Motivasi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat.
No comments:
Post a Comment