Post Top Ad
Your Ad Spot
Monday, March 28, 2011
Suamiku, Bermesralah dengan isterimu...siri 1
Oleh: Ummi
"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Adalah Untuk Allah Tuhan Semesta Alam"
Perasaan kasih dan cinta adalah satu fitrah insan. Ia merupakan satu naluri jalinan kasih sayang dengan orang yang dikasihinya. Oleh itu sebuah perkahwinan mendambaikan kasih sayang, cinta dan kemesraan antara pasangan yg perlu sentiasa disemai dan dibajai. Seandainya gagal dilakukan ia akan mengundang kehambaran kasih sayang malah rumahtangga juga turut hambar hatta boleh musnah.
Antara faktor penting untuk mewujudkan kemesraan ialah melalui interaksi dan komunikasi kerana ia merupakan nadi dalam sebuah hubungan rumahtangga. Kehadiran teknologi sepatutnya memudahkan interaksi dan komunikasi antara pasangan. Begitu juga secara offline yg sepatutnya diambil berat oleh setiap pasangan.
Dalam banyak keadaan kurangnya interaksi antara suami dan isteri sering terjadi seperti suami bila pulang ke rumah dia lebih tertumpu kepada surat khabar, internet atau TV manakala si isteri berhempas pulas dengan tugasan dapur dan anak-anak, itu tidak termasuk kalau isteri bekerja. Bayangkanlah betapa sukarnya dia menghadapi tugasan sebagai isteri. Tidak dinafikan suami mungkin letih dengan bebanan pekerjaan atau perniagaan tetapi sekurang2nya dia menemani isteri untuk bercerita, bergurau senda, usik mengusik atau berbincang pun dikira sudah cukup untuk berinteraksi dan berkomunikasi untuk menjaga kemesraan antara keduanya. Sekiranya suami bawak haluan sendiri, inilah titik permulaan kehambaran hubungan antara pasangan yang mengundang padah di kemudian hari.
Wallahu a'lam
Tags
Motivasi#
Wanita#
Share This
About Ustaz Hashim Almaranji
Wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat.
No comments:
Post a Comment