Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, April 24, 2011

Dr. Azam Tamimi yang kukenali


Daku mengenalinya 27 tahun lalu ketika beliau menginap di rumahku di Kilburn, London ketika beliau datang dari Bahrain menghadiri satu program di London. Menariknya sekarang beliau menetap di tempat yang sama. Beliau kini berumur 56 setahun lebih muda dariku tetapi ilmu dan pengalamannya jauh lebih baik dariku. Beliau seorang yang gigih memperjuangkan Palestin. Beliau dilahirkan pada tahun 1955 dan menetap di Hebron sehingga berumur 7 tahun, kemudian beliau berpindah ke Kuwait, ayahnya seorang pejuang Palestin. Dia kemudian menetap di Bahrain dan memasuki University of Sunderland London dan mendapat ijazah B.S. in Combined Sciences pada tahun 1979. Kemudian beliau menyambung pelajaran ke peringkat Ph.D. dalam Teori Politik di Universiti Westminster, London pada tahun 1998. Dia pernah menjadi Visiting Professor di Universiti Jepun pada tahun 2004.

Dr Azzam berkahwin pada tahun 1978 setahun dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Paling tua 29 tahun dan telah berkahwin. Kesibukan memperjuangakan isu Palestin menyebabkan beliau hanya bersama keluarganya selama seminggu sahaja dalam sebulan. Semoga ALLAH memberi kekuatan kepada beliau dan kita semua dalam meneruskan perjuangan membebaskan Palestin dari cengkaman Yahudi.

Daku menumpang semangat juangnya untuk terus mempertahankan agama Allah dan memperjuangkan pembebasan Masjid al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam.

Ya Allah berilah kami kekuatan untuk meneruskan misi juang ini.




No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman