Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, April 01, 2011

Suamiku, sayangi dan romantiklah dengan isterimu...

Oleh abuyya ummi

Betul ke orang berkata suami kurang romantis berbanding dengan isteri? Apa erti romantik? Romantik ialah suatu perasaan yg dapat dibuktikan dengan kata2 dan perlakuan apabila dia sanggup berusaha mengenalpasti keperluan pasangan dan memenuhi keperluan itu dengan mengorbankan kepentingan diri terutamanya keperluan emosi dan perasaan orang yang disayangi (isteri atau suami).

Mengikut kajian, kebiasaannya suami keturunan Melayu sukar menggambarkan sifat romantik secara terus terang spt mengungkapkan kata, "aku cinta padamu" kepada isterinya atau perlakuan seperti membuka pintu untuk isteri, bantu menolakkan kerusi apabila isteri hendak duduk lebih dipersepsi sebagai adab sopan masyarakat barat. Oleh itu bila suami berbuat demikian, dia dianggap sebagai romantik dan penyayang.  Anehnya perlakuan demikian ada dilakukan ketika zaman percintaan, tetapi mulai hilang selepas berkahwin dengan alasan malu dilihat orang, sudah tua dan pelbagai alasan lain sebagai 'tidak perlu'.  Perlakuan romantik amat berguna dalam mengharmonikan sebuah perkahwinan bukan mengikut musim atau peringkat tertentu sahaja.  Ia sepatutnya berterusan hingga ke hujung nyawa.

Panduan Menjadi suami romantik:

  1. Nyatakan cinta kepada isteri dengan perkataan sama ada secara berhadapan atau melalui sms kerana isteri akan merasa dihargai dan dicintai.
  2. Cintai diri sendiri yang kemudiannya akan dapat mencintai orang lain sebaiknya. Orang yang mencintai dirinya akan melakukan perkara yg terbaik untuk dirinya, menjaga dirinya dengan sempurna dan akan mempunyai ketrampilan yang positif, tenang dan bahagia justeru sanggup berkorban apa sahaja untuk isterinya selagi tidan bercanggah dengan syarak.
  3. Memperbanyakkan masa bersama, makan berdua, berbual, bergurau senda, berpegangan tangan dan "jangan pedulikan" apa orang lain nak kata selagi anda tahu ia tidak salah di sisi agama.
  4. Buktikan romantik anda melalui sentuhan. Apabila duduk berdekatan suami memegang tangan isteri dengan lembut, jika mahukan sesuatu pergi dekat dengan isteri atau beri isyarat tanpa meninggikan suara. Biasakan bersalaman/berciuman jika hendak berpisah untuk urusan kerja atau lain-lain.
  5. Jangan lupa hari-hari istimewa spt ulangtahun perkahwinan dsbnya.
  6. Tidak kedekut menghulurkan buah tangan atau hadiah.
  7. Pandai memujuk

Wallahu a'lam


"Sesungguhnya Solatku, Ibadahku, Hidupku dan Matiku Adalah Untuk Allah Tuhan Semesta Alam"

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman