Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, May 03, 2011

Dialog Tentang Kaabah

Christ ( kaabah berhala? )
dinukilkan oleh tangan ::::Fakhratu Naimah Muhad::::

Satu hari Ahmad pulang dari masjid. Tetapi dalam perjalanan pulang , hujan tiba-tiba turun. Mujurlah ada pondok menunggu bas di yang terletak beberapa meter dari tempat kakinya berdiri. Apa lagi, pecut seribulah Ahmad untuk melindungi dirinya daripada basah kuyup.Setibanya di pondok itu, seorang lelaki yang lagaknya seperti father paderi Kristian merapatinya. Terjadilah perbualan antara mereka….

Father: wahai anak muda, dari mana kamu ini?

Ahmad:Saya dari Masjid, menunaikan solat asar. Ada apa yang boleh saya bantu ?

Father: ooo solat di masjid. Kiranya tuhan kamu juga seperti manusia ya?

Ahmad: Gulp( dah nak mula dah pakcik ni.. Bismillah, get ready ! ) apa maksud pakcik?

Father: yalah, bukankah masjid dipanggil rumah Allah? Ini bermakna tuhan anda mempunyai rumah. Bahkan semua masjid-masjid dipanggil rumah Allah.

Ahmad: wahai pakcik yang dihormati, janganlah salah faham. Allah itu Tidak bertmpat dan tidak berhajat seperti yang pakcik nyatakan tadi, tetapi makhluklah yang bergantung dan memohon , berhajat kepadanya. Tempat yang dinyatakan sebagai rumah Allah itu adalah sekadar symbol tempat manusia mengabdikan diri kepadaNya, tempat bertemu denganNya, tempat beribdah kepadaNya. Oleh kerana tempat ini digunakan manusia untuk beribadah maka ia dipanggil sebagai rumah Allah kerana tempat itu,atau bangunan yang dibina itu khusus bagi Muslim beribdah kepadaNya. Tetapi mana-mana tempat yang bersih di dunia ini, selain masjid juga boleh dijadikan tempat untuk solat.Islam is easy pakcik..

Father kelihatan masih tidak mahu mengalah. Perbualan bertambah rancak seiring dengan hujan yang tidak henti-henti membasahi bumi…

Father: Agama kamu melarang menyembah selain Allah, tetapi mengapa kamu semua menyembah berhala kaabah?

Ahmad: itu adalah tuduhan tidak berasas pakcik. Kaabah bukan berhala dan ianya adalah hanya arah kiblat bagi kami tika solat. Pakcik dengar penjelasan saya baik-baik ya. Jika kaabah itu mampu diusung dan dibawa ke Malaysia sekalipun, arah kiblat kami tetap menghadap ke Baitul Haram. Ianya merupakan symbol penyatuan umat. Kami hanya menghadap ke arah satu kiblat. Jika diteliti sejarah nabawiyah, muazzin akan naik ke atas kaabah untuk melaungkan kaabah. Dan jika dibandingkan dengan agama pakcik anuti, pernahkan pakcik memijak kepala patung Jesus ataupun Mary ketika beribadah di gereja? Jika pakcik dapat lihat, sejadah yang kami gunakan tika beribdah, kadang kala ada gambar kaabah. Kami memijaknya tnpa ada apa-apa perasaan yang kami telah buat satu kesalahan kerana kaabah bukanlah Tuhan kami.

Father nampak tergamam. Tidak disangka anak muda ini mampu menyangkal setiap tuduhannya.

Father: Oh, jika begitu apa ertinya kamu tawaf? Bukankah itu memuja namanya??

Ahmad: perlu dinyatakan kembali, kami tidak meletakkan kaabah sebagai Tuhan. Ianya merupakan kepercayaan dan penyembahan terhadap Tuhan kami, Allah yang Esa. Kami mengikuti cara ibadah nabi Allah dan kami hanya diwajibkan menyembah Allah sahaja. Sebagaimana setiap pusingan ada pusatnya, maka begitu juga dengan dakwah. Jika benar tuduhan pakcik tadi, sila datangkan hadis mahupun nas dari quran yang menyatakan sebegitu.

Perbincangan tamat dan hujan pun reda. Paderi tadi pergi tanpa sebarang hujah. Lafaz hamdallah mengiringi ucapan terakhir Ahmad.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman