Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, May 24, 2011

Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk


Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk

Keputusan: 
 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan Kedudukan Kursus Pelatihan Solat Khusyuk. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut :
 
  1. Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa khusyuk di dalam sembahyang memang dituntut kepada umat Islam untuk melaksanakannya dan Islam memberi kemudahan yang amat luas untuk melaksanakan ibadah sembahyang tanpa memberatkan dengan amalan-amalan yang berlebih-lebihan .
     
  2. Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa ajaran, fahaman dan gerak geri perlakuan yang terkandung dalam Kursus Pelatihan Solat Khusyuk ini tidak terdapat di dalam ajaran Islam dan umat Islam ditegah daripada melakukan amalan ibadah yang tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman