Post Top Ad
Your Ad Spot
Monday, May 16, 2011
Mencium Isteri di khalayak
Kemesraan suami-isteri ada had atau batasannya di hadapan orang ramai/khalayak ramai. Terdapat satu soalan mengenai menzahirkan kemesraan kepada isteri di depan orang ramai yang telah dijawab oleh penceramah dan ulama terkenal Saudi, Sheikh Saleh al-Munajjid. Berikut adalah farwanya :
السؤال :
هل يجوز لي أن أمسك يد زوجتي عندما أكون في الشارع ؟ ماذا عن تقبيل يدها كعلامة عن حبي لها (حتى لو كانت تلبس نقاباً وقفازاً ) ؟
أظن أنه في بلاد العرب لا يفعل هذا أحد ، وأريد أن أعرف هل هذا عرف وتقليد أم هناك دليل صحيح على هذا ؟
الجواب:
الحمد لله
هذا من خوارم المروءة ، ومن التبذّل والإسفاف إظهار هذا أمام الناس لأنّ ما تفعله هو نوع من مباشرة الزوجة على الملأ فابتعد عن ذلك ، ويُمكن أن تُظهر لها المحبّة بغير هذه الطّريقة وإذا خلوتما فافعل ما شئت بالمعروف ، وفّقنا الله وإياك لكل خير .
terjemahannya:
Soalan:
Saya ingin tahu apakah halal berpegang tangan dengan isteriku apabila keluar dihadapan khalayak orang ramai? Bagaimana pula dengan mencium tangannya, sebagai tanda kasih sayang terhadapnya (walaupun ia memakai Niqab dan sarung tangan)? Saya rasa dibumi Arab, ini sesuatu yang tidak diamalkan oleh orang kebiasaan, dan saya ingin tahu jika disebabkan oleh adat dan kebudayaan, atau jika terdapatnya Nas yang sahih dibelakangnya.
Jawapan:
Alhamdulillah. Ini merupakan suatu perkara yang kena mengenai dengan status kelakian atau maruah (muru'ah). Adalah terlalu murah dan buruk untuk melakukannya di khayalak orang ramai, kerana ini merupakan satu jenis 'foreplay' dengan isteri di hadapan orang lain. Maka jauhilah dari melakukan perkara tersebut. Anda boleh menunjukkan cinta anda di dalam banyak cara, dan di masa kamu berseorangan dengannya, anda boleh melakukan apa yang anda suka, yang munasabah. Moga Allah membantu kita dan anda melakukan kesemua yang baik-baik.
--------
Kesimpulannya, agama Islam menuntut agar sesuatu perkahwinan itu umumkan kepada orang ramai, di samping ia menganggap persoalan 'coupling' di antara lelaki dan wanita itu sebagai satu bala'. Suami-isteri merupakan perhubungan yang halal. Akan tetapi, kehalalan ini tidak perlu ditunjukkan di hadapan atau sebagai tontonan masyarakat umum seperti yang biasa dilakukan iaitu mencium isteri selepas akad nikah. Namum demikian, tidaklah salah bagi seseorang itu membimbing isteri dengan memegang tangannya semasa melintas jalan, atau bertawaf sebagai contoh, yang menunjukkan adanya keperluan diwaktu tersebut. Wallahu'alam.
Tags
Akhlaq#
Fiqh#
Pelbagai#
Share This
About Ustaz Hashim Almaranji
Pelbagai
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat.
No comments:
Post a Comment