MUBAHALAH DAN LI’AN
Masyarakat keliru dengan apa yang berlaku hari ini mengenai isu mubahalah yang seolah-olah menjadi trend terbaru di Malaysia. MUBAHALAH (مباهلة) – sumpah laknat bagi menegakkan kebenaran berpandukan dalil al-Quran فَمَنْ حَاجَّكَ فِيهِ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْا نَدْعُ أَبْنَاءَنَا وَأَبْنَاءَكُمْ وَنِسَاءَنَا وَنِسَاءَكُمْ وَأَنْفُسَنَا وَأَنْفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَلْ لَعْنَةَ اللَّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ
"Siapa yang membantahmu tentang kisah `Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): "Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, isteri-isteri kami dan isteri-isteri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya la`nat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta."(Ali-Imran 3: ayat 61) Sebab ayat (asbabun nuzul) itu diturunkan berdasarkan
Manakala Sumpah LI'AN (لعان) pula sumpah laknat tuduhan berzina oleh suami ke atas isteri yang berdasarkan dalil yang bermaksud: "Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta. Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta; - Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar. (An-Nuur 24: ayat 6-9)
Nota: Bermubahalah cara yang betul ialah dengan membawa semua isteri dan anak-anak ke tengah padang (bukan dalam masjid sambil pegang AL-Quran) dan mohon kepada Allah dengan SUNGGUH-SUNGGUH dan minta Allah laknat ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta.
Perbuatan Dato T bukan dalam kedua-dua kategori iaitu Mubahalah mahupun Sumpah Li'an. Sumpah Li'an (menuduh isteri berzina) hanya terpakai dalam konteks suami dan isteri. Mereka sepatutnya mendakwa DS Anwar (jika benar) ke Mahkamah Syariah untuk diadili bersama dengan 4 orang saksi. Berikut adalah dalil Al-Quran berkenaan keperluan membawa 4 orang saksi jika menuduh zina (QAZAF). "Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berzina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka sebatlah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali sebatan dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik (An-Nuur 24:4) Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Oleh kerana mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta." (An-Nuur:12-13).
No comments:
Post a Comment