Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Thursday, June 30, 2011

Kisah Benar : Bara'ah Yang Solehah dan Tabah

Ini adalah kisah gadis berumur 10 tahun yang bernama Bara'ah, orang tuanya doktor berasal dari Mesir dan telah pindah ke Arab Saudi untuk mencari kehidupan yang lebih baik.

Pada usia ini, Bara 'ah telah menghafal seluruh Al-Qur'an dengan tajwid dan dia anak yang sangat cerdas. Gurunya mengatakan bahawa dia terkedepan untuk anak seusianya.   Keluarganya amat komited mengajarnya tentang Islam. Pada suatu hari ibunya dilanda rasa sakit perut yang parah dan setelah beberapa kali diperiksa doktor didapati ibu Bar'ah mengidap kanser yang telah lama dan ditahap kronik.


Ibu Bara'ah berfikir untuk memberitahu puterinya, bimbang jika suatu hari nanti Bar'ah terbangun dan mendapati ibunya tak lagi berada di sampingnya.


Ibu Bara'ah memberitahu Bara'ah, "Bara'ah, ibu akan pergi ke syurga lebih dulu, tapi ibu ingin kamu selalu membaca Al-Qur'an dan menghafalkannya setiap hari, kerana ia akan menjadi pelindungmu kelak."


Gadis kecil itu tidak mengerti apa-apa perkara yang diberitahu ibunya namun dia mulai merasai perubahan keadaan ibunya, terutama ketika ibunya mulai dipindahkan ke hospital untuk waktu yang lama.


Hari-hari seterusnya menjadi sukar bagi Bara'ah. Gadis kecil ini menggunakan waktu selepas pulang dari sekolahnya untuk menjenguk ibunya di hospital dan membaca al-Qur'an untuk ibunya sehingga malam, kemudian ayahnya datang dan membawanya pulang.


Suatu hari, pihak hospital memberitahu ayah Bara'ah bahawa kondisi isterinya itu semakin tenat dan memintanya segera datang ke hospital. Ayah bar'ah segera menjemput Bara'ah dari sekolah dan pergi ke hospital.


Boleh dibayangkan bagaimana sedihnya hati sang ayah memikirkan bagaimana jika anak gadisnya akan membesar tanpa kasih sayang seorang ibu.


Ketika mereka tiba di depan hospital, sang ayah meminta Bara'ah untuk tinggal di kereta , agar dia tidak akan terkejut jika ibunya meninggal dunia. Dalam genangan airmata, ayahnya keluar dari kereta dan menyeberangi jalan dengan tergesa-gesa untuk segara sampai ke hospital, tiba-tiba datang sebuah kereta dengan lajunya dan melanggar ayah Bar'ah dan ia meninggal ketika itu juga. Kejadian itu berlaku di depan putrinya itu.


Tak terbayangkan tangis sang gadis kecil pada saat itu...


Tragedi yang menimpa Bara'ah tidak terhenti di situ, berita kematian ayahnya yang disembunyikan dari ibunya yang masih sakit di hospital, sekali lagi Bara'ah ditimpa musibah apabila 5 hari kemudian ibu Bar'ah juga meninggal dunia.


Kini gadis kecil ini sendirian tanpa kedua orang tuanya. Orang-orang tua kepada rakan-rakan sekolah Bara'ah memutuskan untuk mencarikan kaum kerabatnya di Mesir supaya kerabatnya boleh menjaganya kerana sekarang Bar'ah  sudah tidak mempunyai siapa-siapa lagi di Arab Saudi.


Tak berapa lama tinggal di Mesir,  gadis kecil Bara'ah mulai mengalami sakit mirip dengan ibunya dan dibawa oleh keluarganya untuk pemeriksaan dan setelah beberapa ujian di dapati Bar'ah juga mengidap kanser. Tapi sungguh menghairankan ketika dia di beritahu tentang dia menghidapi kanser lalu keluar dari mulutnya Bara'ah, "Alhamdulillah, sekarang aku akan bertemu dengan kedua orang tuaku."


Semua teman dan keluarganya terkejut. Gadis kecil ini sedang menghadapi musibah yang bertubi-tubi dan dia tetap sabar dan ikhlas dengan apa yang ditetapkan Allah untuknya! Subhanallah!!


Ramai orang mulai mendengar tentang Bar'ah dan cerita tentangnya, kemudian pemerintah Arab Saudi memutuskan untuk mengurusnya dan menghantarnya ke luar negara untuk mengubat penyakitnya.


Salah satu saluran TV Islam (Al Hafiz TV) dapat menghubungi gadis kecil ini dan memintanya untuk membaca al-Qur'an dan suara yang indah yang dialunkan oleh Bara'ah.


Mereka menghubungi lagi Bara'ah sebelum ia pergi ke Coma (nama kota) dan dia berdoa untuk kedua orang tuanya dan menyanyikan Nasyid yang cukup syahdu.


Hari-hari berlalu dan kanser mulai menyebar di seluruh tubuhnya, para doktor memutuskan untuk memotong kakinya , dan ia tetap bersabar dengan apa yang ditetapkan Allah baginya.


Beberapa hari setelah operasi pemotongan kakinya, kanser merebak ke otaknya, lalu doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak dan Bara'ah berada di sebuah rumah sakit di luar negara menjalani perawatan.


Bara'ah mengharapkan doa kita....tp akhirnya


(Berita terakhir dia sudah meninggal...انا لله وانا اليه راجعون)


p/s: Siapapun  tak dapat menahan air mata dari terus mengalir tatkala menghayati kisahnya..Allahu Akbar!  Kuat dan tabahnya anak ini menghadapi ujian dan dugaan yang telah ditaqdirkan keatasnya.   Semoga hati kita kuat dan setabah anak kecil ini.....renungkanlah


Dengarlah bacaan Qurannya yg sungguh syahdu...


http://www.youtube.com/watch?v=Gurpc0Z4EwQ


My Prayer, Life and Death… for Allah

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman