Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, June 01, 2011

Pemikiran Sains dari kacamata Islam

Oleh: al-Maranji (Jun 1, 2011)

Di era globalisasi, dunia menyempit, tanpa batas tanpa sempadan natijah dari sains dan teknologi semakin menyanggih. Bukan itu sahaja ruang bergerak serta 'networking' antara insan semakin cepat, mudah dan cepat. Malah ada sebilangan besar manusia menjadikan ICT sebagai idola lalu mengagungkan ICT ke tahap yang berlebihan. Gejala ini menempias kepada umat Islam yang memerangkap mereka menjadi manusia yang semakin jauh dari agama dan nilai-nilai ilahiah yang selama ini menjadi pegangan.

Ada di kalangan manusia menganggap ICT sebagai penyelesai segala masalah dan memberi kepuasan kehidupan sedangkan kita tahu bahawa Sains dan Teknologi bersifat relatif (bukan mutlak). Ini bermakna yang berada di atas Sains dan Teknologi adalah Islam@wahyu Allah kerana Dialah yang memberi ruang serta peluang kepada insan untuk meneroka dan membentuk perubahan serta mendapatkan penemuan baru yang sepatutnya lebih mendekatkan kita kepada Allah sebagai pencipta.

Apa yang pasti ICT atau sains teknologi memerlukan bimbingan kepada insan sebagai penemu, peneroka, pengguna, pengamal sains & teknologi; memberi kemakmuran dan kesejahteraan kepada manusia dengan tidak terpukau oleh kebendaan zahir semata, lantas mempertuhankannya tetapi akan terpukau dengan kehebatan Yang Maha Suci lalu mengabdikan diri sepenuhnya kepada-Nya tanpa derhaka.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman