Berhubung kecederaan, sumber perubatan, Adham Abu Salmiah selaku jurucakap Jawatankuasa Tertinggi Bantuan Cemas di Gaza menjelaskan 4 penduduk Palestin cedera dan telah dibawa ke hospital As-Shifa' untuk rawatan. Seperti yang disebutkan, di antara yang cedera adalah dari kalangan kanak-kanak. Nyata lagi, kecederaan yang dialami ada yang disifatkan pertengahan dan ringan.
Menurut pemberita Safa, serangan pertama yang dilancarkan pesawat zionis menyasarkan sebuah lokasi tentera 'BADAR' milik KATAIB SYAHID IZZUDDIN AL-QASSAM(sayap tentera HAMAS) di Netsarim (Netzarim settlement), selatan bandar Gaza.
Adham menjelaskan, dua pemuda Palestin cedera dalam serangan zionis di Netsarim.
Serangan kedua turut menyasarkan lagi lokasi tentera HAMAS di Mukhayyam Shatie dan serangan ketiga, pesawat zionis menyasarkan juga lokasi tentera HAMAS yang terletak di sekitar menara-menara Al-Muqawisi di barat laut bandar Gaza.
Menurut Adham, serangan ketiga zionis mengakibatkan dua kanak-kanak cedera.
Tambah Safa, sebuah lagi lokasi tentera menjadi sasaran pengeboman pesawat zionis, iaitu lokasi milik pejuang ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera Pertahanan Rakyat) di Hayyu Al-Amal yang terletak di bandar Khan Yunus, selatan Gaza.
Sumber khas menyatakan bahawa serangan keempat ini menyasarkan beberapa pemimpin utama pejuang ALWIYAH di Gaza, antaranya Setiausaha Agung ALWIYAH, Zakaria Daghmash dan beberapa lagi pemimpinnya. Bagaimanapun, mereka terselamat apabila pertemuan mereka selesai 5 minit lebih awal dari serangan zionis.
No comments:
Post a Comment