Manusia telah dipilih oleh Allah untuk menjadi khalifah di muka bumi dalam misi menegakkan Islam dan memerintah bumi ini dengan Islam. Oleh itu, Islam tidak akan tertegak dengan usaha individu tetapi memerlukan usaha secara kolektif dengan berjamaah. Syariat Islam tanpa usaha secara jamaah atau kolektif tidak akan dapat ditegakkan dalam bentuknya yang menyeluruh iaitu merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Perlu difahami bahawa Islam bukanlah milik individu atau jamaah, tetapi Islam adalah milik setiap Muslim yang wajib diperjuangkan dan dibela oleh mereka. Perjuangan untuk menegakkan Islam mestilah berpandukan manhaj (metodologi) perubahannya yang tersendiri berasaskan akidah, syariat dan akhlak, antaranya memperjuangkan hubungan kasih sayang dan ukhuwah sesama ahli dalam jamaah supaya kasih sayang itu tersebar kepada masyarakat. Malah perjuangan ini mampu melahirkan umat yang ditarbiah yang sanggup berkorban untuk Islam kerana dalam perjuangan sudah pasti akan ada cabaran, dugaan dan halangan. Justeru tarbiah yang dibawa harus berpaksikan dua kalimah syahadah iaitu jalan yang lurus, bertitik tolak dengan cahaya berupa petunjuk al-Quran dan as-Sunnah, dan syurga sebagai penghujungnya. Apa yang pasti pendekatan kasih sayang, lemah lembut dan akhlaq mulia mampu untuk merobah masyarakat. Lihatlah bagaimana Allah memanggil hambanya untuk beriman kepada-Nya dengan menggunakan kalimah "Wahai" suatu nada kasih sayang dan lemah lembut. Saidina Ali RA pernah menyebut, “Sesiapa yang lembut kata-katanya, maka wajiblah mencintainya.” Hari ini kita melihat bagaimana umat Islam sudah mula menjauh dari semangat jihad, dikerumuni dan diratah oleh musuh Islam dan ditimpa penyakit wahn, iaitu cintakan dunia dan bencikan kematian. Justeru jamaah Islam perlu mengembalikan kesedaran individu Islam untuk berjihad dan berusaha untuk melakukan perubahan positif dalam masyarakat. Naib Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Syeikh Jum’ah Amin pernah menyebut, antara prinsip perubahan yang diketengahkan oleh Ikhwan Muslimin ialah “As-Solah Qobla Al-Islah”, iaitu memperbaiki diri sebelum memperbaiki masyarakat. Mereka yang mampu memperbaiki dirinya, maka ia mampu melakukan Islah iaitu memperbaiki masyarakat di sekelilingnya. Untuk memperbaiki ummah katanya, seseorang perlu menjadi abid dahulu, iaitu menghambakan diri kepada Allah subhanahu wataala dengan membanyakkan amal yang medekatkan diri dengan Allah subhanahu wataala. “Jadilah kamu hamba (Allah) sebelum kamu menjadi pemimpin (ummah),” pesannya. Sebagai contoh, program Katibah, iaitu malam kerohanian melalui mendengar tazkirah (peringatan) pada malamnya, pada paginya qiamulail dengan solat tahajud, berzikir dan membaca al-Quran dengan penekanan tarbiah individu sebagai elemen perubahan. Jamaah Islam perlu mengambil pendekatan tarbiah rabbaniyyah dengan cara mendidik ahlinya supaya rapat dengan Allah subhanahu wataala dengan membaca al-Quran setiap hari, banyak beristighfar kepada Allah, solat malam sekurang2nya 2 rakaat dengan witir satu rakaat, berzikir secara ma’tsur supaya lidah basah dengan mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Saidina Abu Bakr RA pernah berkata kepada tentera Islam tentang rahsia kemenangan ke atas musuh iaitu “Sesungguhnya kamu tidak akan dapat kemenangan selagi mana kamu tidak dekat dengan Allah.” Oleh itu antara tuntutan kejayaan dakwah ialah para pejuang@amilin amat perlu mendekatkan diri dengan Allah dengan menjaga solat fardhu dan solat sunat, merancang kerja dengan berwudhu' dan solat hajat supaya merasai bahawa Allah sentiasa bersama mereka. Setiap masalah dan ujian dalam dakwah akan mudah dihadapi dengan mendirikan solat. Oleh itu, pendakwah baik murabbi atau amilin hendaklah sentiasa berhubung dengan Allah kerana usaha dakwah akan berjaya dengan izin Allah, "Mengajak manusia kepada Allah dengan izin-Nya." Pendakwah juga perlu mempunyai akhlak yang mulia yang merupakan kurniaan daripada Allah SWT. Dengan berbekalkan akhlak yang mulia, pendakwah itu akan dicintai oleh Allah SWT. Allah SWT memberi rezeki kepada semua hambanya, tetapi Allah tidak memberi agama ini (untuk diperjuangkan) kepada sesiapa yang tidak dicintai-Nya. Benarlah Firman Allah, يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا مَنْ يَرْتَدَّ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ذَلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mu`min, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. (al-Maidah 5:54) |
Post Top Ad
Your Ad Spot
Tuesday, July 26, 2011
Kepentingan Tarbiah Dalam Membangunkan Masyarakat
My Prayer, Life and Death… for Allah
Tags
Jamaah#
Tarbiyyah#
Share This
About Ustaz Hashim Almaranji
Tarbiyyah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
Your Ad Spot
Author Details
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat.
No comments:
Post a Comment