Jawapan.
Ada beberapa hal yang harus diperhatikan berkenaan dengan mengqadha' puasa dan pembayaran fidyah, sebab:
Jika belum mengqadha' sampai memasuki/menjelang Ramadhan berikutnya, hendaknya segera mengqadha' pada hari-hari yang tersisa (dari bulan Sya'ban) dan melanjutkan sisanya seusai Ramadhan.
Apabila penundaan qadha' kerana adanya 'udzur/halangan seperti sakit, haid, atau perjalanan yang berkepanjangan sampai datang bulan puasa berikutnya, para ulama sepakat bahwa qadla' boleh dilakukan seusai Ramadhan berikutnya dan tidak diwajibkan membayar fidyah. Namun bila penundaan itu terjadi tanpa ada 'udzur maka diwajibkan membayar fidyah dan mengqadha'.
Fidyah dan Qadha' puasa dikenakan pada mereka yang melambatkan mengganti puasa sehingga datang Ramadhan yang lain. Menurut Dr Mustafa al-Bugha (al-Fiqh al-Manhaji - 1/350 ) :-
" Jika di tidak melakukan puasa dan meringan2kan sehingga masuk Ramadhan yang lain, ini merupakan satu dosa, maka memerlukan dia membayar fidyah, iaitu memberi makan setiap hari yang ditinggalkan sebanyak satu mudd, kepada orang2 yang memerlukan yang tinggal dinegaranya, bersedekah keatas fuqara"
Dengan kata lain : Fidyah ialah memberi makan kepada orang miskin sebanyak satu mudd (cupak) beras (atau apa2 makanan yang menjadi makanan asasi sesebuah negeri itu) bagi satu hari yang ditinggalkan.
Jawapan 1: Fidyah dibayar terus kepada fakir miskin.
Jawapan 2: orang yang berhak menerima fidyah hanyalah golongan fakir dan miskin sahaja.
Jawapan 3: Anggaran fidyah menurut Dr Mustafa al-Bugha beliau adalah :
"Timbangannya (1 Mudd) : 1 1/3 pound Baghdadi, iaitu bersamaan lebih kurang 600 gram" Atau 1 Mudd adalah bersamaan 15 tahil (566.85gram).
Ia boleh dibayar dengan duit (sebagaimana pandangan Ibn Taimiyah, Dr Yusuf al-Qaradhawi), dan lebih afdhal menurut Mazhab Syafie diberikan beras.
Sekian, wallahualam.
No comments:
Post a Comment