Pada mulanya, penentangan mujahideen terhadap tentera Soviet, salah satu Kuasa Besar Dunia begitu sukar kerana ketidak seragaman dan sikap taasub yang masih menebal dikalangan mereka. Perbezaan tujuh kumpulan mujahideen banyak didasari oleh perbezaan bangsa yang terdapat didalam bumi Afghanistan sendiri iaitu Pashtun (majoriti penduduk), Parsi (terutama yang bersempadan dengan Iran), Tajik (terutama yang bersempadan dengan Tajikistan) dan Uzbek (terutama yang bersempadan dengan Uzbekistan). Pertelingkahan dan ketidak seragaman dikalangan para Mujahideen tersebut akhirnya diselesaikan dengan kehadiran tokoh Ikhwan Muslimin Jordan, Al-Akh Al-Mujahid, Professor Abdullah Azzam bersama mereka dan menyelaras kesatuan dan kekuatan mereka. Jihad Islam di bumi Afghanistan ketika itu dikuatkan lagi dengan kehadiran mujahideen Arab atau dipanggil “Afghan Arabs” yang banyak mengalahkan tentera Rusia dibanyak pos-pos penting. Akhirnya Soviet Union kalah pada tahun 1991 dan bukan setakat itu, malahan Empayar USSR (United Soviet Socialist Republics) yang dikira terbesar didunia ketika itu runtuh diikuti terungkainya tembok Komunis di negara-negara Eropah, lalu USSR mengecil menjadi Rusia pada hari ini.
Setelah Rusia kalah dan berundur dan Abdullah Azzam syahid dibom dalam perjalanannya menaiki jeep ke Solat Jumaat di Pakistan, tujuh kumpulan Mujahideen yang memegang tampuk pemerintahan dibawah Presiden Burhanuddin Rabbani mula bertelagah dan berperang sesama sendiri. Ir Hekmatyar, memimpin mujahideen Hizb Islami membedil Kabul dengan roket-roket. Dunia Islam termasuk saya sendiri sedih dengan tragedi ini dimana setelah 12 tahun ratusan ribu umat Afghanistan dibunuh oleh Komunis Rusia dan para Mujahideen berjuang mengalahkan Rusia, kini setelah musuh kalah dan keluar dari bumi mereka, mereka pula bersengketa sesama mereka.
Apa yang berlaku memahamkan lagi saya manhaj Dakwah oleh Imam yang telah Hasan Al-Banna bahawa kekuatan itu mempunyai 3 fasa iaitu Kekuatan Iman dan Akidah, kemudian Kekuatan Kesatuan dan Ukhuwwah, kemudian Kekuatan Senjata dan Bantuan Luar. Tanpa mengikut tertib tersebsebut yang juga telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw didalam Seerah, hasilnya nanti adalah kerosakan dan kerugian nyawa, masa, tenaga dan harta benda. Mengulas apa yang berlaku di Afghanistan, saya mendengar Mursyid Am Ikhwan Muslimin, Al-Marhum Mustafa Masyhur berkata penyelesaian di Afghanistan adalah kembali “Membina Generasi Baru” yang memahami dan menghayati Islam yang boleh diharapkan untuk membina kehidupan masyarakat di Afghanistan berlandaskan Islam yang sahih.
![](http://themillahofibraheem.files.wordpress.com/2010/08/abdullah-azzam-7.jpg?w=468)
Asy-Syahid Prof Dr Abdullah Azzam (foto: bertopi Afghanistan, berserban Arab Syam), seorang Arab Jordan, kewarakan, tawadhuk dan ketokohannya mampu menyatukan semua pimpinan dan tentera Mujahideen dalam menentang Kuasa Besar Soviet. Beliau menghabiskan thesis Masters dan PhD (Usul Fiqh) nya, bukan diperpustakaan, tetapi didalam kem-kem latihan mujahideen di Jordan untuk menentang Israel. Menjadi pensyarah universiti di Mekah. Ketika bersaie di Safa Marwa, seorang teman rapat bertemu beliau dan berkata, “Aku mengenali engkau wahai Abdullah. Bukan disini (Mekah) tempatmu. Tempatmu sebenarnya ialah di Afghanistan (jihad melawan Soviet sedang berlangsung)”. Sejak itu Abdullah tidak duduk senang, jiwa nya telah berada disana sebeum badannya. Tiba-tiba iklan menjadi pensyarah di Universiti Islam Islamabad keluar lalu beliau memohonnya dan berjaya. Sejak beliau menjejak kaki di Jihad di Afghanistan, ramai belia Arab ke sana. Beliau digelar “Bapa Jihad Moden”. Diceritakan beliau tidak meninggalkan solat Tahajjud sebelum subuh walaupun beliau pulang lewat ke rumah jam 3 atau 4 pagi dan tidur.
Pakistan, seperti mana-mana negara didunia sentiasa beruaha untuk meluaskan pengaruhnya dinegara-negara jiran. Pada tahun 1996, dengan dokongannya yang kuat, golongan Taliban berjaya mengalahkan Kerajaan Mujahideen Afghanistan dan memerintah selama 5 tahun (1996-2001). Taliban meletupkan patung gergasi Buddha di Bamyam, Afghanistan pada 21.3.2001. Sejak Taliban memerintah Afghanistan, yang dianggap extremis Islam, Amerika, Israel dan Negara-negara Barat mula merancang untuk menceroboh Aghanistan dan menamatkan pemerintahan Taliban.
Pada tahun 2001 yang sama, pada 11 September 2001, Amerika mendakwa bangunannya di New York diserang oleh Al-Qaeda yang bertapak di dalam pemerintahan Taliban di Afghanistan. Dakwaan tanpa bukti kukuh ini digunakan Amerika untuk menceroboh Afghanistan sehingga ke hari ini. Dua hari sebelum itu, panglima paling terkemuka di kalangan para Mujahideen, Ahmad Shah Mas’ud dibunuh oleh beberapa orang yang menyamar sebagai wartawan yang menemuramah beliau. Bom dipasang didalam video kamera.
Dilemma di Afghanistan kini adalah :
- Rakyatnya berdarah perwira. Sebuah negara yang dizaman Penjajahan Barat merupakan hampir satu-satunya negara umat Islam yang tidak dapat dijajah oleh Barat maupun Timur, namun mereka kekurangan generasi Islam yang memahami risalah Islam sebenar dan mereka mempengaruhi dan menyusun negara dengan baik.
- Penjajahan Barat terutamanya Amerika pada hari ini menimbulkan rasa sangsi kepada extremis Islam seperti Taliban, Hizb Islami (pimpinan Hekmatyar) dan kumpulan-kumpulan lain, lalu memusuhi kumpulan-kumpulan saudara seIslam yang bekerjasama dengan Amerika di Kabul, seperti kumpulan Jamaat Islami pimpinan Burhanuddin Rabbani, ittihad Islami pimpinan Sayyaf dan lain-lain.
- Pemikiran lama yang masih menebal dikalangan Taliban dan sekutu-sekutunya yang menolak Demokrasi, sedang kumpulan-kumpulan yang mereka musuhi menerima Demokrasi sebagai cara terbaik dikala ini untuk membangunkan Afghanistan.
- Tiadanya tokoh ulung seperti Asy-Syahid Abdullah Azzam yang boleh menyatukan suara para Mujahideen, atau sebuah gerakan ulung di sana yang didengari pendiriannya oleh semua pihak.
- Negara yang jauh terkebelakang disegi infrastruktur, kemudahan asas, pendidikan, kesihatan, ekonomi dan sebagainya. Ini ditambah dengan kerosakan besar yang telah, sedang dan akan dialami hasil dari pertembungan Barat dan Timur yang tamakkan pengaruh untuk bertapak di bumi Afghanistan yang sangat strategik.
![US Marine](http://inijalanku.files.wordpress.com/2011/09/us-marine.jpg?w=468&h=313)
![Map 1](http://inijalanku.files.wordpress.com/2011/09/map-1.jpg?w=400&h=270)
No comments:
Post a Comment