Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Friday, September 23, 2011

Manusia dan Roh orang mati - bahagian 2

sambungan....



Batal Dan Tidak Berlandaskan Ilmu 


Jadi dakwaan memanggil roh atau menghadirkan roh orang mati kemudian bercakap-cakap dan bertanyakan sesuatu kepada orang mati itu, adalah dakwaan yang batal yang tidak mempunyai penyokong sama ada daripada nash ataupun logic dan tidak berlandaskan ilmu.



Adapun dakwaan memanggil roh terjadi daripada campur tangan syaitan atau jin yang dipuja dan disembah oleh seseorang, yang kemudian syaitan atau jin itu membalasnya dengan khidmat yang dikehendaki oleh orang itu dalam bentuk-bentuk pembohongan dan dusta (akan dihuraikan lagi kemudian insya’Allah).

Cuba kita perhatikan ayat ini:

وَكَŲ°َŁ„ِكَ Ų¬َŲ¹َŁ„ْنَŲ§ Ł„ِكُŁ„ِّ نِŲØِيٍّ Ų¹َŲÆُوًّŲ§ Ų“َيَŲ§Ų·ِŁŠŁ†َ ال؄ِنسِ وَŲ§Ł„ْŲ¬ِنِّ يُوحِي ŲØَŲ¹ْŲ¶ُهُŁ…ْ Ų„ِŁ„َى ŲØَŲ¹ْŲ¶ٍ Ų²ُŲ®ْŲ±ُفَ Ų§Ł„ْŁ‚َوْŁ„ِ ŲŗُŲ±ُورًŲ§ وَŁ„َوْ Ų“َŲ§Ų” Ų±َŲØُّكَ Ł…َŲ§ فَŲ¹َŁ„ُŁˆŁ‡ُ فَŲ°َŲ±ْهُŁ…ْ وَŁ…َŲ§ يَفْŲŖَŲ±ُŁˆŁ†َ (112) ŁˆَŁ„ِŲŖَŲµْŲŗَى Ų„ِŁ„َيْهِ Ų£َفْŲ¦ِŲÆَŲ©ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ لاَ يُŲ¤ْŁ…ِنُŁˆŁ†َ ŲØِالآخِŲ±َŲ©ِ وَŁ„ِيَŲ±ْŲ¶َوْهُ وَŁ„ِيَŁ‚ْŲŖَŲ±ِفُواْ Ł…َŲ§ هُŁ… Ł…ُّŁ‚ْŲŖَŲ±ِفُŁˆŁ†َ (113)
(سورة الأنعام:112-113)

Tafsirnya: “Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh daripada syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah susunannya memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (daripada perbuatan yang kufur dan dusta) itu. Dan juga supaya hati orang-orang yang tidak beriman pada Hari Kiamat cenderung kepada bisikan itu, dan supaya disetujui oleh mereka dan juga supaya mereka (terus) melakukan apa yang mereka lakukan itu.”
(Surah al-An’am:112-113)

Dalam Shahih al-Bukhari dan Muslim disebutkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memerintahkan supaya orang-orang musyrik yang mati dalam peperangan Badar dicampakkan ke dalam perigi. Setelah itu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam memanggil nama-nama mereka satu persatu: “Wahai polan bin polan, wahai polan bin polan… adakah kamu telah menemui apa yang dijanjikan oleh Tuhan kamu itu betul.” Kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab pula pertanyaan sahabat: “Demi Tuhan yang membangkitkan aku dengan sebenarnya, bukan kamu sahaja yang mendengar apa yang aku katakana kepada mereka, mereka juga adalah mendengarnya, Cuma mereka itu tidak dapat menjawabnya.”

Cubalah perhatikan, jika roh-roh yang ditanya oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam itu telah tidak berupaya memberikan jawapan kepada Baginda, sedangkan Baginda adalah orang yang paling halus perasaan rohaninya, maka betapakah pula dengan orang biasa?

Ada setengah kalangan menjadikan surah ar-Ra’d ayat 31, sebagai dalil bahawa memanggil orang mati dengan membaca al-Quran itu adalah harus dan boleh. Ayat tersebut ialah:

وَŁ„َوْ Ų£َنَّ Ł‚ُŲ±ْآنًŲ§ Ų³ُيِّŲ±َŲŖْ ŲØِهِ Ų§Ł„ْŲ¬ِŲØَŲ§Ł„ُ Ų£َوْ Ł‚ُŲ·ِّŲ¹َŲŖْ ŲØِهِ الأَŲ±ْŲ¶ُ Ų£َوْ كُŁ„ِّŁ…َ ŲØِهِ Ų§Ł„ْŁ…َوْŲŖَى ŲØَŁ„ Ł„ِّŁ„ّهِ الأَŁ…ْŲ±ُ Ų¬َŁ…ِيعًŲ§ Ų£َفَŁ„َŁ…ْ يَيْŲ£َŲ³ِ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ آمَنُواْ Ų£َن Ł„َّوْ يَŲ“َŲ§Ų” اللّهُ Ł„َهَŲÆَى النَّŲ§Ų³َ Ų¬َŁ…ِيعًŲ§ وَلاَ يَŲ²َŲ§Ł„ُ Ų§Ł„َّŲ°ِŁŠŁ†َ كَفَŲ±ُواْ ŲŖُŲµِيبُهُŁ… ŲØِŁ…َŲ§ ŲµَنَŲ¹ُواْ Ł‚َŲ§Ų±ِŲ¹َŲ©ٌ Ų£َوْ ŲŖَŲ­ُŁ„ُّ Ł‚َŲ±ِيبًŲ§ Ł…ِّن ŲÆَŲ§Ų±ِهِŁ…ْ Ų­َŲŖَّى يَŲ£ْŲŖِيَ وَŲ¹ْŲÆُ اللّهِ Ų„ِنَّ اللّهَ لاَ يُŲ®ْŁ„ِفُ Ų§Ł„ْŁ…ِيعَŲ§ŲÆَ 
(31)
(سورة الرعد:31)
Tafsirnya: “Dan kalaulah ada mana-mana kitab suci yang dengan sebabnya gunung-ganang terbongkar bergerak daripada tempatnya atau dengan sebabnya bumi terpecah belah mengeluarkan isi kandungannya atau dengan sebabnya orang-orang yang telah mati dapat menjawab kata-kata yang dihadapkan kepadanya, maka al-Quran adalah kitab al-Quran adalah Kitab Suci yang mengandungi mu’jizat. (Tetapi lahirnya sesuatu mu’jizat itu adalah menurut kehendak Allah), bahkan segala urusan adalah tertentu bagi Allah. Maka tidakkah orang-orang yang beriman itu mengetahui bahawa kalaulah Allah menghendaki tentulah Dia memberi petunjuk kepada umat manusia seluruhnya. Dan orang-orang kafir itu (dengan sebab kekufuran mereka) sentiasa ditimpa bala bencana ataupun bala bencana itu turun menimpa tempat-tempat berhampiran dengan tempat tinggal mereka sehinggalah datang janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.”

(Surah ar-Ra’d:31)

Ayat ini sebenarnya bukan dalil yang mengharuskan memanggil roh orang mati itu, tetapi sebaliknya ia mengandungi petunjuk bahawa memanggil orang mati dengan al-Quran adalah dilarang dan sesat.

Dalam hadis disebutkan mengenai sebab-sebab turun ayat ini, iaitu orang-orang musyrik Makkah pada suatu ketika telah mencadangkan kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam, bagi maksud untuk menyusahkan Baginda, supaya Baginda dapat memindahkan gunung-ganang yang ada di Makkah dengan al-Quran agar bumi Makkah menjadi luas untuk mereka dapat berkebun. Mereka juga menuntut supaya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam dapat memancarkan mata air dan sungai-sungai dengan al-Quran, serta membacakan al-Quran kepada kaum keluarga mereka yang telah mati, supaya dengan cara itu dapatlah mereka bercakap-cakap dengan si mati dan si mati akan memberitahu mereka tentang kebenaran Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam. Selepas itu Allah pun menurunkan ayat ini.

Dalam ayat ini ada perkataan lau (ertinya kalau) yang merujuk kepada perkara-perkara berkenaan sebagai tidak akan terjadi.

Apabila dikatakan memanggil roh orang mati, sebebenarnya roh itu bukanlah roh orang mati, bukan juga malaikat. Adapun yang dating, yang dipanggil itu, yang bercakap-cakap dengan dusta, banyak bertentangan, banyak menyebut-nyebut perkara-perkara ghaib dan menamakan namanya dengan nama-nama manusia itu adalah semuanya itu bukan roh si mati dan bukan juga roh malaikat.

Jadi yang terjadi seperti dakwaan kehadiran roh orang mati dan lain-lain perkara pelik yang merujuk kepada kuasa dan kelebihan luar biasa orang-orang tertentu yang menyebabkan jinak dan tunduk roh kepadanya itu, adalah itu pembohongan yang terang lagi sesat. Ia tidak lain daripada benda yang direka-reka, atau jika benar ada berlaku sesuatu, hasil daripada yang disebut sebagai memuja dan memanggil roh tadi, maka itu adalah daripada alam jin dan syaitan.

3. Jin: Dalam aqidah Islam alam Jin dan syaitan itu diperkatakan dengan luasnya. Kewujudan jin dan syaitan adalah suatu hakikat yang telah sabit.

Menurut al-Mawardi dalam A’lam an-Nubuwwah, bahawa jin itu jenis alam yang berkata-kata. Mereka makan dan minum, berkahwin dan mati. Keadaan mereka terlindung daripada dapat melihat mereka. Di antara mereka itu ada juga yang baik di samping yang jahat sebagaimana disebutkan Al-Quran:

وَŲ£َنَّŲ§ Ł…ِنَّŲ§ الصَّŲ§Ł„ِŲ­ُŁˆŁ†َ وَŁ…ِنَّŲ§ ŲÆُŁˆŁ†َ Ų°َŁ„ِكَ كُنَّŲ§ Ų·َŲ±َŲ§Ų¦ِŁ‚َ Ł‚ِŲÆَŲÆًŲ§ (11)
(سورة الجن:11)

Tafsirnya: “Dan sesungguhnya ada di antara kamu golongan yang baik dan ada pula di antara kami yang lain daripada itu. Kami masing-masing adalah menurut jalan dan cara berlainan.”
(Surah al-Jinn:11)

Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menemui sebahagian daripada para jin. Mereka itu mendengarkan bacaan al-Quran daripada Baginda, sebagaimana firman Allah:

وَŲ„ِŲ°ْ ŲµَŲ±َفْنَŲ§ Ų„ِŁ„َيْكَ نَفَŲ±ًŲ§ Ł…ِّنَ Ų§Ł„ْŲ¬ِنِّ يَŲ³ْŲŖَŁ…ِŲ¹ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْŁ‚ُŲ±ْآنَ فَŁ„َŁ…َّŲ§ Ų­َŲ¶َŲ±ُŁˆŁ‡ُ Ł‚َŲ§Ł„ُوا Ų£َنصِŲŖُوا فَŁ„َŁ…َّŲ§ Ł‚ُŲ¶ِيَ وَŁ„َّوْŲ§ Ų„ِŁ„َى Ł‚َوْŁ…ِهِŁ… Ł…ُّنذِŲ±ِŁŠŁ†َ (29)
(سورة الأحقاف:29)

Tafsirnya: “Dan semasa kami menhalalkan satu rombongan jin dating kepadamu (wahai Muhammad) untuk mendengar al-Quran, setelah mereka menghadiri bacaannya, berkatalah setengah kepada yang lain: “Diamlah kamu dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya”. Kemudian setelah selesai bacaan itu, kembalilah mereka kepada kaumnya (menyiarkan ajaran al-Quran itu dengan) memberi peringatan dan amaran.”
(Surah al-Ahqaf: 29)
Yang jahat di kalangan mereka pula akan sentiasa berusaha menyesatkan manusia, seperti firman Allah menceritakan kata-kata iblis:

Ł‚َŲ§Ł„َ فَŲØِŲ¹ِŲ²َّŲŖِكَ Ł„َŲ£ُŲŗْوِيَنَّهُŁ…ْ Ų£َŲ¬ْŁ…َŲ¹ِŁŠŁ†َ (82) Ų„ِŁ„َّŲ§ Ų¹ِŲØَŲ§ŲÆَكَ Ł…ِنْهُŁ…ُ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ®ْŁ„َŲµِŁŠŁ†َ (83)
(سورة ص: 82-83)

Tafsirannya: “Iblis berkata: “Demi kuatkuasaMu (wahai Tuhanku), aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang mukhlish (yang bersih daripada sebarang kederhakaan dan penyelewengan).”
(Surah Shad:82-83)

Selain menggoda dan mendorong kepada waswas, golongan jin penderhaka juga boleh memudharatkan manusia dengan berbagai-bagai kemudharatan.

Manusia mempunyai Qarin
Telah sah dan sabit dalam hadis, bahawa setiap manusia itu ada qarin atau teman yang sentiasa bersamanya semenjak dia dilahirkan lagi sampailah dia meninggal dunia. Imam Muslim telah meriwayatkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Ł…Ų§ من Ł…ŁˆŁ„ŁˆŲÆ ŁŠŁˆŁ„ŲÆ الا نخسه Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ·Ų§Ł† ŁŁŠŲ³ŲŖŁ‡Ł„ ŲµŲ§Ų±Ų®Ų§ من نخسه Ų§Ł„Ų“ŁŠŲ·Ų§Ł† ابن Ł…Ų±ŁŠŁ… ŁˆŲ£Ł…Ł‡
(Ų±ŁˆŲ§Ł‡ مسلم)

Maksudnya: “Tiada seorang kanak-kanak yang dilahirkan melainkan tidak sunyi daripada tusukan (gangguan) syaitan, maka kanak-kanak itu pun menangis akibat gangguan syaitan itu, kecuali anak Maryam (Nabi Isa ‘Alaihissalam) dan ibunya (Maryam sendiri).”
(Hadis riwayat Muslim)
Untuk lebih jelas lagi dipetik pula riwayat Imam Muslim selanjutnya bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Ł…Ų§ Ł…Ł†ŁƒŁ… من Ų£Ų­ŲÆ الا ŁˆŁ‚ŲÆ ŁˆŁƒŁ„ به Ł‚Ų±ŁŠŁ†Ų© من الجن Ł‚Ų§Ł„ŁˆŲ§ واياك يا Ų±Ų³ŁˆŁ„ الله قال ŁˆŲ§ŁŠŲ§Ł‰ الا أن الله أعاننى Ų¹Ł„ŁŠŁ‡ فأسلم فلا ŁŠŲ£Ł…Ų±Ł†Ł‰ الا بخير, (أى فأسل Ų§Ł„Ł‚Ų±ŁŠŁ†, أو فأسلم أنا من Ų§Ł„Ł‚Ų±ŁŠŁ† لأن الله أعاننى Ų¹Ł„ŁŠŁ‡)
(Ų±ŁˆŲ§Ł‡ مسلم)
Maksudnya: “Tiada seorang pun daripada kamu, melainkan diwakilkan dengannya qarin daripada kalangan jin”. Sahabat bertanya: “Apakah Tuan juga, wahai Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ya, aku pun begitu juga, akan tetapi Allah telah menolongku menguasainya, maka dia pun Islam dan tidak menyuruh aku melainkan dengan kebajikan sahaja”. (Erti faaslam: Qarin itu masuk Islam, atau aku (Rasulullah) terselamat daripada gangguan qarin itu, kerana Allah menolongku menguasainya).”
(Hadis riwayat Muslim)

Daripada maksud hadis-hadis ini menunjukan qarin-qarin manusia itu kecuali qarin Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam adalah bersifat mengganggu dan perosak serta menyesatkan.

Walaupun manusia itu tidak berupaya menguasai dan mengatasi jin, kecuali bagi orang yang diberikan izin oleh Allah seperti Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam, namun tidaklah terhalang daripada berlakunya kejadian di mana manusia itu dapat berhubung dan berkejasama dengan jin pada mencapai setengah-setengah maksud manusia itu. Hubungan dan kerjasama ini boleh tercapai dengan berbagai cara da keadaan. Perkara ini berlaku kepada sebahagian orang pada zaman lampau mahupun zaman sekarang.

Perkara bekerjasama dengan jin ini biasanya berlaku kepada dukun-dukun, tukang-tukang ramal dan tukang-tukang sihir. Adapun hubungan atau kerjasama itu pada masa sekarang disebut sebagai menghadirkan atau memanggil roh.

Qarin daripada kalangan jin mempunyai kemampuan untuk berbohong dan mengada-adakan yang karut-marut hatta meniru tuannya dalam berbagai keadaan seperti suara dan kadang-kadang juga rupa tuannya itu sendiri. Qarin mempunyai pengetahuan tentang tuannya, sama ada yang zahir mahupun yang sulit-sulit.

Qarin-qarin boleh berhubung sesama mereka sendiri. Qarin juga ada kalanya menjadi pembantu kepada tuannya dalam kerja-kerja tertentu, sehingga kerja-kerja itu menjadi senang, ataupun sebaliknya kerja-kerja itu menjadi susah kerana qarin meletakkan halangan-halangan dan gangguan-gangguan. Selain daripada itu boleh juga terjadi perkara-perkara yang lain lagi, berdasarkan alam jin itu mempunyai keanehan-keanehan yang tersendiri.

Maka apabila seseorang manusia itu berusaha dengan cara tertentu atau dengan berbagai jalan untuk menghadir atau mendatangkan roh, qarin orang itu akan berupaya menerima suara-suara, kemudian akan memberitahukan berbagai hal dan berbagai perkara ghaib yang telah disepakati oleh para Qarin melalui pertukaran maklumat sesama mereka. Selepas itu orang pun menyangka bahawa yang bercakap itu ialah roh orang mati yang telah dipanggil itu. Padahal yang bercakap itu ialah qarin-qarin sendiri yang membawa berita dan cerita yang bercampur-campur, yang direka-reka dan dusta. Adalah semata-mata bohong cerita-cerita yang disuarakan oleh qarin-qarin itu yang berupa perkara-perkara ghaib seperti alam kubur, nikmat kubur, azab kubur dan kejadian-kejadian yang akan berlaku seperti bila terjadi Kiamat, kerana qarin-qarin itu juga sama sekali tidak mengetahui perkara-perkara ghaib. Firman Allah Ta’ala:

Ł‚ُŁ„ Ł„َّŲ§ يَŲ¹ْŁ„َŁ…ُ Ł…َن فِي السَّŁ…َاوَŲ§ŲŖِ وَŲ§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ Ų§Ł„ْŲŗَيْŲØَ Ų„ِŁ„َّŲ§ اللَّهُ وَŁ…َŲ§ يَŲ“ْŲ¹ُŲ±ُŁˆŁ†َ Ų£َيَّانَ يُŲØْŲ¹َŲ«ُŁˆŁ†َ (65)
(سورة النمل:65)

Tafsirnya: “Katakanlah (wahai Muhammad), tiada sesiapapun di langit dan di bumi ini mengetahui perkara ghaib melainkan Allah.”
( Surah an-Naml:65)

Al-Quran al-Karim telah menceritakan dengan jelasnya berkenaan jin Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam. Ketika Nabi Sulaiaman wafat, tiada sesiapa pun yang tahu bahawa Baginda itu telah wafat, termasuklah juga jin-jin yang sentiasa berkhidmat kepad Baginda. Mereka melihat Nabi Sulaiman seperti biasa di atas tongkatnya, sehingga mereka menyangka bahawa Nabi itu masih hidup, padahal Baginda sebenarnya sudahpun wafat. Perkara ini berjalan sekian lamanya, sehinggalah dengan takdir Allah, anai-anai telah memakan tongkat Baginda itu lalu tongkat itupun patah dan Baginda tumbang tersungkur, barulah jin-jin itu tahu rupanya Nabi Sulaiman ‘Alaihissalam telah wafat. Firman Allah Ta’ala:

فَŁ„َŁ…َّŲ§ Ł‚َŲ¶َيْنَŲ§ Ų¹َŁ„َيْهِ Ų§Ł„ْŁ…َوْŲŖَ Ł…َŲ§ ŲÆَŁ„َّهُŁ…ْ Ų¹َŁ„َى Ł…َوْŲŖِهِ Ų„ِŁ„َّŲ§ ŲÆَŲ§ŲØَّŲ©ُ Ų§Ł„ْŲ£َŲ±ْŲ¶ِ ŲŖَŲ£ْكُŁ„ُ Ł…ِنسَŲ£َŲŖَهُ فَŁ„َŁ…َّŲ§ Ų®َŲ±َّ ŲŖَŲØَيَّنَŲŖِ Ų§Ł„ْŲ¬ِنُّ Ų£َن Ł„َّوْ كَانُوا يَŲ¹ْŁ„َŁ…ُŁˆŁ†َ Ų§Ł„ْŲŗَيْŲØَ Ł…َŲ§ Ł„َŲØِŲ«ُوا فِي Ų§Ł„ْŲ¹َŲ°َŲ§ŲØِ Ų§Ł„ْŁ…ُهِŁŠŁ†ِ (14)
(سورة سبأ:14)

Tafsirnya: “ Setelah kami tetapkan berlakunya kematian Nabi Sulaiman, tidak ada yang menjelaskan kepada mereka tentang kematiannya Nabi Sulaiaman, tidak ada yang menjelaskan kepada mereka tentang kematiannya melainkan semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila dia tumbang tersungkur, barulah jelas kepada golongan jin itu, bahawa kalaulah mereka sedia mengetahui perkara ghaib nescaya tidaklah mereka itu tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghinakan.”
(Surah Saba’:14)


ŁˆŲ§Ł„Ł„Ł‡ ؟أعلم


No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman