Dalam situasi seperti jtulah ulama-ulama rujukan umat seperti Dr.Taha Jabir Alwani, Dr.Wahbah Az Zuhaili dan Dr.Yusuf Al Qaradawi melaksanakan amanah keilmuan yang dipikulnya bangkit dengan jelas menyentuh prinsip dan nilai paling asas dalam ajaran Islam iaitu keadilan. Dr.Taha Jabir Alwani pernah menulis hukum feqh berkaitan isu yang menimpa Anwar Ibrahim, Dr.Yusuf Al Qaradawi yang pernah datang ke Malaysia juga turut memberikan peringatan kepada kita supaya Saudara Anwar jangan dizalimi, dan yang terbaru kedatangan Dr.Wahbah Az Zuhaili mengetuai solat hajat supaya fitnah (bala) yang menimpa Anwar berakhir dengan seadil-adilnya.
Di samping hal ini juga turut menyentuh salah satu objektif utama syariat Islam (maqasid al syari'ah) iaitu perlindungan terhadap maruah dan kehormatan diri.
Dalam tradisi kehakiman Islam misalnya, wujud penekanan pada prinsip istiqlal al-qudah, iaitu kebebasan mahkamah dan para hakimnya dari kongkongan, tekanan atau sebarang campur tangan dari pemerintah atau pihak-pihak yang berpengaruh. Sementara para hakimnya pula dikehendaki memenuhi sejumlah syarat yang mcliputi pelbagai aspek keilmuan, moral dan etika.
Kitab-kitab feqh banyak memberikan peringatan agar hakim menilai diri sama ada mampu atau tidak menghadapi tekanan dan ugutan dalam melaksanakan tugasnya menegakkan kebenaran dan keadilan. Jika ia berasa dirinya tidak cukup kuat maka seharusnya ia tidak menerima jawatan hakim.
Di samping itu pihak pemerintah pula selalu diperingatkan agar jangan mengganggu kebebasan kehakiman dengan memberikan arahan, meminda hukuman, menahan hukuman atau sebagainya. Pemerintah juga diperingatkan agar cukup berhati-hati dalam perlantikan hakim dan sererusnya jangan sewenang-wenang memecat hakim.
Antara nas yang menjadi sandaran utama prinsip kebebasan kehakiman ialah hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan dari Ibn Umar,"Sesiapa yang membantu (sesuatu pihak) secara zalim dalam sebarang pergaduhan, maka sesunggubnya ia ditimpa kemurkaan Allah".
Dari maksud hadis yang bersifat umum itu para ulama feqh membuat kesimpulan bahawa ia meliputi semua yang memiliki kuasa, sama ada ia seorang ketua kerajaan atau pembantu-pembantunya secara langsung mahupun yang tidak langsung, di ruang publik ataupun di ruang maya. Mereka tidak dibolehkan menyebelahi mana-mana pihak dengan menekan hakim atau sebarang bentuk campur tangan, kerana semuanya itu termasuk dalam istilah zalim yang dilarang oleh syara' dan diancam dengan kemurkaan Tuhan.
Dalam kitabnya yang terkenal Tabsirat al Hukkam, Ibn Farhun menyatakan bahawa apabila seseorang hakim telah memutuskan sesuatu hukuman yang diyakini telah menepati prinsip dan kaedah syara', lalu datang arahan dari pemerintah agar ia meminda hukumannya, maka hakim hendaklah melaksanakan hukum yang telah diputuskannya sendiri dengan mengenepikan arahan pemerintah, atau ia meletakkan jawatannya (Ibn Farhun, jil.l, him. 53).
Dalam kaitan ini juga Dr. Abdul Karim Zaydan mengatakan bahawa hakim wajib meletakkan jawatannya apabila ia tidak lagi mampu mempertahankan kebebasan penghakimannya dari campur tangan pemerintah (Dr.Abdul Karim Zaydan, Nizam al-Qada' fi al Syariat al Islamiyyah, 1998:61).
Kebebasan kehakiman pada hakikatnya adalah suatu ketetapan syara', bukannya sekadar budi bicara atau belas ihsan pemerintah. Oleh itu tidak siapa pun yang herhak merampas atau membatalkannya. Atas dasar itulah campur tangan pemerintah dalam urusan penghakiman dianggap sebagai ma'siyah (maksiat) yang wajib ditolak atas prinsip,”Tidak bolehpatuh kepada makhluk dalam mengingkari khaliq (Tuhan)”.
Dalam sejarah politik dan kehakiman Islam biasanya prinsip ini sangat dihormati. Para penguasa tidak mengarahkan hakim agar menjatuhkan hukuman mengikut hawa nafsu mereka atas kesedaran bahawa amalan seperti itu bererti pengingkaran terhadap Allah dan kezaliman ke atas rakyat. Dengan demikian hakim-hakim Islam mendapat jaminan kebebasan dalam urusan penghakiman mcreka, termasuk kebebasan menghukum para khalifah jika didapati bersalah.
Jaminan tidak berlakunya campur tangan pemerintah dalam urusan penghakiman merupakan syarat mutlak bagi melindungi rakyat dari kezaliman penguasa atau pihak-pihak yang berpengaruh.
Ternyata banyak sekali faktor yang terlibat dalam proses pelaksanaan keadilan. la tidak bergantung semata-mata kepada teks undang-undang, tetapi juga kepada kejernihan akal budi dan hati nurani hakim. Dalam kaitan ini Sheikh Muhammad Al Ghazali r.a. mengatakan bahawa hakim yang jujur dapat menyempurnakan - dengan keadilannya – sekalipun kekurangan terdapat pada teks undang-undang yang dilaksanakannya. Sebaliknya hakim yang zalim sanggup menyelewengkan teks undang-undang yang lurus dan benar (Muhammad Al Ghazali, Khuluq al-Muslim, 1980:33).
Keadilan adalah nilai yang sentiasa dikeramatkan kerana ia memang menepati posisi puncak dalam urutan sistem nilai Islam. Malah ia mengatasi nilai ibadah sebagaimana yang diisyaratkan dalam hadith Nabi S.A.W,"Sehari bagi penguasa yang adil lebih baik daripada ibadah enam puluh tahun" (At Tabrani).
Demikian pulalah sebaliknya, mengkhianati keadilan adalah kejahatan terkeji yang nerakalah padahnya. Kerana itu kehakiman adalah jawatan yang berisiko tinggi sebagaimana yang diperingatkan oleh Nabi S.A.W yang bermaksud,"Dari setiap tiga orang hakim, seorang masuk syurga, sementara yang dua orang lagi masuk neraka". Hakim yang mengctahui apa yang benar lalu menjatuhkan hukumannya berdasarkan kebenaran, ia akan masuk syurga. Hakim yang mengetahui apa yang benar, tetapi tidak menghukum berdasarkan kebenaran, ia akan masuk neraka. Hakim yang tidak tahu mana yang benar, lalu menghukum orang secara jahil, ia juga akan masuk neraka.
Demikianlah kedudukan institusi kehakiman sebagai pemegang dan pelaksana amanah keadilan. Keruntuhan wibawa institusi ini akan mencemskan krisis kepercayaan yang bererti malapetaka besar bagi rakyat dan negara. Tidak akan ada lagi kedamaian dan rasa selamat.
Bila-bila masa nama baik, maruah dan kehormatan boleh tercemar dan hak asasi boleh tercabul. Apabila mahkamah tidak lagi dapat diharapkan untuk melindungi orang baik-baik dan mcnyelamatkan mangsa-mangsa kezaliman, ke mana lagi rakyat hendak mencari keadilan?
Dalam situasi hilangnya kepercayaan kepada institusi penegak keadilan akan terbukalah kemungkinan orang bertindak sendiri, mencari keadilan di luar undang-undang negara. Kemungkinan buruk ini harus dihindari menerusi reformasi sistem kehakiman berasaskan prinsip-prinsip dan nilai-nilai murni syari'at.
"Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang Mukmin dan Mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata”. (Surah Al Ahzab:58)
No comments:
Post a Comment