Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, October 30, 2011

Kelebihan Madu Lebah

1. Madu bersifat antioksidan. Penyelidikan menunjukkan apabila tubuh kita mempunyai banyak antioksidan ianya dapat melawan penyakit kanser dan penyakit jantung serta mencegah kencing manis dan insomnia. Ia juga boleh membunuh kuman dan virus di dalam darah.

2. Penyelidikan di universiti Purdue telah membuktikan bahawa pengambilan madu lebah dapat meningkatkan penyerapan kalsium untuk kekuatan tulang. Ini amat penting apabila anggaran menunjukkan sebelum tahun 2020, sebahagian rakyat Malaysia berumur 50 tahun ke atas mempunyai risiko keretakan tulang (osteoporosis).

3. Madu lebah boleh membantu mencantik, menghalus, melembap dan mengawal keanjalan kulit serta menyinarkan rambut. Ia juga berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit dan menghilangkan parut luka dengan segera.

4. Madu lebah adalah antimikrobial sesuai untuk merawat luka, melecur akibat terbakar atau sebagainya, sakit tekak, penyakit perut dan penyakit mata.

5. Madu lebah adalah sumber tenaga asli bagi atlit-atlit sukan. Bagi pengangkat berat, madu dapat memulihkan otot-otot yang letih.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman