Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Wednesday, November 02, 2011

HUKUM MULTI-LEVEL MARKETING MENGIKUT JAKIM

HUKUM MLM : JAKIM  MENJAWAB
Nama
mohd jamli.
E-Mail ?
mohdjamli@tv3.com.my.
Anda ingin komen tentang apa?
Hal Ehwal Islam
Aduan
Assalamualaikum

Saya ingin bertanya berkenaan trend skim cepat

kaya internet seperti em-pay, swiss cash dan lain-lain.

Apakah hukumnya dari segi syariah?

Kenapa tidak diwar-warkan di media massa oleh pihak

JAKIM sekiranya perkara itu adalah haram bagi umat 
islam menyertainya.

Terima kasih.
Jawapan

Secara umum Multi Level Marketing adalah suatu
cara perniagaan alternatif yang berkaitan dengan 
pemasaran yang dilakukan melalui banyak level 
(tingkatan), yang biasa dikenal dengan 
istilah Upline (tingkat atas) dan downline (tingkat
bawah), orang akan disebut Upline jika 
mempunyai Downline.

Pokok utama dari perniagaan MLM ini digerakkan

dengan jaringan ini, sama ada yang bersifat 
vertikal atas bawah mahupun horizontal kiri kanan
ataupun gabungan antara keduanya.

Kesatuan Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) 

pernah mengeluarkan fatwa ke atas satu bentuk 
perniagaan MLM jenama PT Biznas yang disifatkan
sebagai haram kerana ia adalah salah satu
bentuk perjudian.

Selain itu, keputusan itu juga menafikan bahawa 

komisyen yang digunakan adalah komisyen 
atau upah brokerage sebagaimana didakwa.

Selain itu, Syeikh Salim Al-Hilali pernah mengeluarkan

fatwa pengharaman dengan katanya : "Banyak 
pertanyaan berkenaan perniagaan yang diminati ramai.

Yang secara umum gambarannya adalah mengikuti 

kaedah piramid dalam sistem pemasarannya, dengan
cara setiap anggota harus mencari ahli-ahli baru
dan demikian selanjutnya.

Setiap anggota membayar yuran pada syarikat 
dengan jumlah tertentu dengan angan-angan 
mendapat bonus, semakin banyak anggota dan 
memasarkan produknya maka akan semakin 
banyak bonus yang dijanjikan.

Sebenarnya kebanyakan anggota MLM yang menyertai

cara ini adalah hasil motivasi bonus yang dijanjikan 
tersebut dengan harapan agar cepat kaya dalam waktu 
yang sesingkat mungkin, padahal ia langsung 
tidak menginginkan produknya. Perniagaan jenis ini
adalah perjudian murni, kerana beberapa sebab 
berikut, iaitu:

1.  Sebenarnya anggota MLM ini tidak mahukan 

produknya, akan tetapi tujuan utama mereka
adalah menyertai rangkaian piramid bagi 
mendapatkan kekayaan cepat apabila setiap 
ahli baru membayar yuran.

2. Harga produk yang dibeli sebenarnya tidak sampai

30% dari wang yang dibayarkan pada syarikat MLM.

3.  Tujuan perusahaan adalah membangun jaringan 

individu secara berkesinambungan. Yang mana 
ini akan menguntungkan anggota yang berada pada
level atas (Upline) sedangkan level bawah (downline)
selalu memberikan nilai point pada yang berada dilevel
atas mereka.

Nota:
1. Aduan Awam ini akan diteliti dan dijawab oleh 

Pegawai Perhubungan Awam, JAKIM.
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah 

mengandungi hanya satu aduan sahaja.
3. Jawapan yang diberikan adalah secara rasmi 

oleh pihak JAKIM kecuali dinyatakan sebaliknya.
4. Borang ini mestilah menggunakan 

Browser Internet Explorer.

1 comment:

  1. Bagaimana pula kalau ada MLM... yg belum sempat cari downline dah dapat duit yea... sebab saya sudah menyertainya. Dan, saya tengah mengkaji kebaikannya.

    Produknya: servis maklumbalas sms. Bayarannya rm55 sekali masuk.

    Plan pemasarannya: mudah
    10 upline ke atas cari orang, income masuk rm3.50 sekepala.
    10 downline ke bawah cari orang, income masuk rm5.00 satu kepala.
    Dan, kalau cari downline sendiri, peroleh rm40 sekepala....

    Bagaimana yea? Adakah sah jual beli ini?

    ReplyDelete

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman