Rasulullah Muhammad SAW Pernah bersabda “Apabila seekor lalat masuk ke dalam salah satu minuman dari kamu maka celupkanlah ia, kemudian angkat dan buangah lalatnya sebab pada salah satu sayapnya ada penyakit dan pada sayap lainnya ada ubatnya" (HR Bukhari, Ibn Majah dan Ahmad)
Hadis di atas memang boleh menggundang kontroversi, bahkan para orientalis telah mengunakan hadis ini sebagai senjata untuk menyerang orang-orang islam. Bayangkan lalat yang sehariannya berada di tempat kotor boleh membawa ubat. Tentu hadis ini sangat meragukan kebenaranya kerana bertentangan dengan fakta yang ada, kerana selama ini lalat kita kenal sebagai serangga yang menjijikkan, penuh kuman penyakit dan berada di tempat-tempat kotor.
Subhanallah, ternyata apa disabdakan Nabi ini sangat benar dan tidak dapat disangkal lagi kerana Nabi tidak pernah berbohong kerana sifatnya sebagai Rasul Allah. Siapa yang menafikan kebenaran kata-kata Nabi SAW bermakna dia juga menafikan kebenaran Allah SWT Tuhan Sekelian alam. Dalam surah An-Najm (53, ayat 3-4) Allah menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW tidak bercakap mengikut hawa nafsunya tetapi dipandukan oleh Allah SWT.
Firman Allah,
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى
dan tiadalah yang diucapkannya itu (Al-Quraan) menurut kemauan hawa nafsunya.
إِنْ هُوَ إِلَّا وَحْيٌ يُوحَى
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya).
Hasil dari penelitian panjang para Professor dan peneliti terkemuka dunia membuktikan kebenaran hadis tersebut. Hal ini sekaligus membantah tuduhan dan tudingan tentang kebenaran hadis tersebut.
Prof Dr Abdul Majid Az-Zindani ketua peneliti kajian Al-Qur’an dan As-Sunnah mengatakan bahawa pada sayap kiri lalat terdapat berbagai macam virus yang mematikan. Para peneliti tersebut berusaha mematikan virus-virus tersebut secara konvensional tapi tidak berhasil, namun ketika mereka memasukkan sayak kanan lalat, secara automatik mereka melihat perubahan secara signifikan. Hasilnya seluruh virus yang dibawa oleh sayap kiri mati dan musnah akibat obat yang dibawa oleh sayap kanan.
Beberapa Profesor lain menemukan adanya jasad retnik istimewa pada tubuh lalat. Mikroorganisme tersebut hidup di bawah lapisan zat minyak dalam perut lalat, jasad-jasad retnik tersebut berkumpul dalam sel-sel sampai pecah dan pecahan itu terjadi apabila adanya tekanan. Tekanan ini terjadi apabila lalat ini di benamkan dan bibit-bibit tersebut mengeluarkan enzimnya yang kuat sekali sampai membunuh virus dan bakteria yang berbahaya.
Sementara peneliti dari Australia menemukan bukti bahawa pada sayap lalat terdapat gen refilin, iaitu gen yang boleh mengubati penyakit-penyakit yang ada pada saraf arteri dan saraf meina. Gen refilin yang ada di sayap lalat dapat mengubati penyumbatan yang terjadi di kedua saraf tersebut. Dengan memasukkan lalat ke dalam air maka gen-gen refilin yang ada di sayap itu akan tersebar di air hingga air itu bersih kembali dari penyakit yang ada di sayap kiri.
No comments:
Post a Comment