-   -Hari Syak iaitu hari yang   apabila ia ragu tarikh sebenar Ramadhan (30 Sya'ban). Ini berdasarkan   hadith dari Ammar bin Yasir r.a yang bermaksud :
 " Sesiapa berpuasa pada hari syak, sesungguhnya dia telah menderhaka Abu Al-Kasim (Muhammad) s.a.w."
 
-    -Hari Raya Aidilfitri dan   Aidiladha iaitu 1 Syawal dan 10 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith dari   Abu Hurairah r.a yang bermaksud :
 " Bahawa Rasullullah s.a.w menegah berpuasa pada dua hari iaitu hari raya fitri dan hari raya adha "
 
-    -Hari-hari tasyrik iaitu   11, 12 dan 13 Zulhijjah. Ini berdasarkan hadith daripada Imam Muslim   dalam sahihnya daripada Nabi s.a.w yang bermaksud :
 " Hari-hari Mina merupakan hari-hari makan dan minum juga hari mengingati Allah s.w.t "
 
-    -Hari Haid dan Nifas.
 
-    -Ulama' Mazhab Syafii berpendapat   adalah haram berpuasa pada separuh akhir bulan Sya'ban yang mana ada   di antaranya hari Syak melainkan mereka yang biasa berpuasa sepanjang   tahun atau bagi mereka yang berpuasa pada hari tertentu seperti hari   Isnin dan Khamis yang puasanya berkebetulan dengan hari selepas 15 Sya'ban   atau puasa nazar yang tertanggung ke atasnya atau puasa qada' atau fardhu   ataupun puasa yang bersambung dengan puasa selepas Sya'ban dan puasa   sebelumnya walaupun satu hari sebelum 15 hari Sya'ban kerana berdasarkan   hadith yang bermaksud :
 " Apabila telah tiba pertengahan bulan Sya'ban, janganlah kamu berpuasa " (Riwayat Ahmad)
 Mazhab Hanbali dan mazhab-mazhab lain tidak berpegang kepada hadith ini kerana ia da'if menurut pendapat Imam Ahmad.
 Sumber : Fiqh Islami wa Adilatuh - Dr. Wahbah Zuhaili
 
- -Puasa bagi orang yang bimbangkan dirinya binasa kerana puasa tersebut.
Post Top Ad
 Your Ad Spot
Wednesday, July 06, 2011
Hari-Hari Diharamkan Berpuasa
Hari-hari  yang diharamkan berpuasa adalah: 
Hari-hari  yang diharamkan berpuasa adalah: 
My Prayer, Life and Death… for Allah
Tags
Fiqh# 
Puasa# 
 
      
Share This 
 
About Ustaz Hashim Almaranji
Puasa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post Top Ad
 Your Ad Spot
Author Details
Ut wisi enim ad minim veniam, quis nostrud exerci tation ullamcorper suscipit lobortis nisl ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis autem vel eum iriure dolor in hendrerit in vulputate velit esse molestie consequat.
 
 
 
No comments:
Post a Comment