Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Tuesday, October 04, 2011

Antara Purdah Dan Aurat Yang Terbuka


OLEH: AHMAD KHAIRUL IKHWAN ABDULLAH JR
 


Hukum memakai purdah kepada muslimah tidak wajib dalam Islam, namun walau pun tidak wajib  pemakaian ini merupakan sebahagian daripada syariat dan syiar agama Islam. Mereka yang memakai purdah semestinya beragama Islam dan solehah mana kala mereka yang membuka aurat sudah pasti tidak beragama Islam dan bukan wanita solehah. Inilah dua perbezaan yang membezakan antara mereka yang beriman dan mereka yang kufur kepada Islam. Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan pendapat ini, akan tetapi saya ingin jelaskan ini merupakan satu pendapat peribadi penulis.
 
Ujian dan cabaran kepada mereka yang memakai purah ini amat besar terutama mereka yang berkerja di dalam bidang perkhidmatan awam dan tertakluk kepada peraturannya. Terdapat wanita-wanita Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan, pelajar-pelajar universiti dan maktab yang dibuang universiti kerana memakai purdah. Mereka yang cuba memelihara maruah dan harga diri terpaksa menerima hukuman daripada peraturan manusia yang zalim dan bercanggah dengan dasar-dasar Islam. Firman Allah SWT:

Wahai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang-orang mukmin: Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka. yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk di kenal karena itu mereka tidak di ganggu.Dan Allah adalah maha pengampun dan penyayang. -Al Ahzab.59

Kalau kita menyorot kembali kepada sejarah perjuangan memakai purdah di negara kita, ianya bermula pada sekitar penghujung tahun 70-an dan awal 80-an yang dipelopori oleh gerakan dakwah Jemaah Dakwah Darul Arqam yang di pimpin oleh Allahyarham Ustaz Ashaari Muhammad. Walaupun wujudnya gerakaan dakwah lain seperti ABIM, PAS dan Tabligh akan tetapi peranan dan sumbangan yang di bawa oleh Darul Arqam lebih terkehadapan berbanding jemaah lain dan tidak sepatutnya di nafikan oleh sesiapa pun. Walaupun pada akhirnya Arqam di haramkan kerana di katakan menyalahi ajaran Islam, sumbangan dan peranan yang diberikan oleh jemaah tersebut tidak boleh dilupakan. Benar tetap benar dan salah tetap salah. 
 
 
Pada zaman perjuangan awal Arqam di dalam mempromosikan pakaian Islam banyak ujian dan rintangan yang di lalui. Di ceritakan pada waktu itu pemakaian kopiah hanya di dalam masjid dan surau. Mereka yang memakai purdah di labelkan sebagai "Hantu Kum-kum", mereka yang berserban dan berjubah di lemparkan pelbagai tuduhan. Akan tetapi semua tuduhan tersebut tidak sedikit pun melemahkan semangat dan keyakinan mereka kepada purdah, serban dan jubah. Dan akhirnya sebenarnya Arqam lah yang mengantarbangsakan pakaian tersebut. Pada tahun awal 90-an kita melihat bagaimana mereka yang berjubah serban dan berpurdah mengelilingi dunia untuk berdakwah. Siapa kata mereka yang berpurdah dan berjubah serban adalah kolot? hanya mereka yang membuat tuduhan seperti ini yang kolot. 
 
Di dalam sejarah negara kita yang melibatkan hukuman terhadap mereka yang berpurdah yang paling popular ialah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau yang  bertugas sebagai Kerani Umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak ketika itu. Pada 6 August 1986, Halimatusaadiah telah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.

Halimatusaadiah kemudiannya telah menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau yang telah diwakili oleh peguam Karpal Singh. Agak pelik kerana yang membela Halimatusadiah ialah seorang peguam yang tidak beragama Islam dan tidak memahami apa itu Islam. Pada hari ini kita melihat bagaimana peguam tersebut antara pemimpin bukan Islam yang tidak bersetuju dengan perlaksanaan hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS. Seharusnya kes tersebut di wakili oleh peguam yang beragama Islam. 
 
Daripada kes tersebut jelas menyatakan wanita Islam yang memakai purdah hak mereka dinafikan dan diletakkan di tempat yang lebih rendah berbanding wanita yang mendedahkan aurat. Di dalam sejarah negara kita belum ada pegawai kerajaan yang dipecat kerana memakai pakaian yang seksi dan mendedahkan aurat. Sedangkan perbuatan mendedahkan aurat merupakan satu perbuatan yang bertentangan dengan Islam dan merupakan satu perbuatan yang dimurkai oleh Allah SWT. 

Melihat kembali kepada sikap masyarakat di dalam perkara ini, seolahnya wujud satu bentuk hukuman yang pemakaian purdah adalah haram dan mereka yang mendedahkan aurat adalah halal. Dengan kata yang lain mereka mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:

Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya,dan memelihara kemaluannya,dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak padanya, dan hendaklan mereka menutupkan kain kudung di dadanya..- An Nuur. 31

Apabila umat Islam sendiri memberikan pandangan buruk kepada mereka yang memakai purdah, maka orang yang bukan Islam pasti akan memberikan tanggapan buruk kerana mereka terpengaruh dengan sikap jahil umat Islam sendiri. 

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman