Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Saturday, February 11, 2012

Revolusi Di Syria

Ramai yg belum tahu betapa rejim Syria yg dipimpin oleh sekelompok kaum Syiah Nusairi skrg ni adalah rejim sosialis arab paling zalim dlm sejarah di negara2 Arab....terlalu banyak kalau nak dikesahkan..


Revolusi di Syria bersangkut-paut dengan tiga sebab utama iaitu penindasan rakyat lebih 40 tahun, kebangkitan rakyat di negara-negara Arab lain dan kemuncaknya adalah insiden 20 remaja menconteng dinding dengan menulis “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Remaja-remaja itu ditangkap, diseksa, dicabut kuku, tangan dan kaki, hingga seorang daripadanya meninggal dunia.


Apabila ibu bapa kanak kanak itu datang untuk membebaskan anak-anak mereka dari penjara, ketua polis penjara mengatakan kepada mereka:


"Kamu balik sahajalah, lupakan anak anak-anak itu dan anggaplah mereka telah tiada..., jika kamu hendak anak-anak lagi berikan kami isteri-isteri kamu (agar kami rogol), hasil daripada itulah anak-anak kamu.”


Dari situlah bermulanya demonstrasi yang semakin hari bertambah momentumnya dari hanya ratusan ribu hingga pada hari ini 3 juta demonstran telah mengadakan tunjuk perasaan di 157 bandar seluruh Syria mendesak Basyar berundur. Syeikh Khalid turut menjelaskan tentang pendirian Dr Sa’id Ramadhan al-Buti dalam politik Syria. Menurutnya, Dr Sa’id adalah antara lima orang ulama yang menyokong rejim berbanding 95% ulama yang menentang. Beliau menyifatkan Dr Sa’id sebagai ulama yang 'berilmu' tetapi kurang tajam dalam perspektif politik.


“Tidak hairanlah para pemuda di sana membakar buku-buku karangan beliau. Ramai lagi ulama lain yang menulis buku sirah yang amilin. Jadikanlah ulama-ulama amilin sebagai rujukan,” katanya.


Ringkasnya perkara bunuh, seksa dan kurung tahanan dlm penjara adalah perkara biasa malah spt yg selalu laporkan oleh org sana sendiri bahawa: polis dan askar upahan rejim terkadang lebih zalim dari askar yahudi di palestin segi menyeksa tahanan dlm penjara dsb...


Inilah realiti dan perangai rejim assad sejak lebih 40 tahun memerintah bumi Anbiya' Syria ...sejak kebangkitan rakyat lebih 6 bulan lalu sudah lebih 8000 nyawa org awam melayang..hilang beribu2....beberapa kubur besar ditemui diserata negara..mana2 askar dan polis yg simpati dgn perjuangan rakyat akan dibunuh atau diseksa...org2 profesional seperti pensyarah, hakim, ulama2 besar atau pegawai2 kerajaan yg simpati boleh doperlakukan begini..lihat bagaimana seorang pegawai daerah dipukul dan dihina beramai2 kerana menyokong demo awam

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman