Breaking

Post Top Ad

Your Ad Spot

Sunday, February 12, 2012

Sebab yang membolehkan solat jamak

Menjamak solat itu pada hakikatnya meninggalkan solat atau tidak mengerjakan solat pada waktunya sedangkan solat itu wajib didirikan pada waktunya. Mengikut pandangan syariat, pengubahan waktu solat secara sengaja hingga dikerjakan bukan di dalam waktunya hanya boleh dilakukan dalam bentuk solat jamak. Namun solat jamak boleh dilakukan dengan dalil syarak, iaitu atas sebab-sebab berikut:-
1. Musafir- perjalanan melebihi 2 marhalah iaitu melebihi 89km dengan niat sengaja dan perjalanan bukan untuk maksiat.

2. Sakit- Imam Ahmad bin Hanbal, Imam Malik dan sebagian pengikut Asy-Syafi`iyyah membolehkan jamak disebabkan sakit. Ibnu Qudamah pengikut mazhab Al-Hanabilah dalam kitab Al-Mughni karya membolehkan jamak solat atas sebab sakit. Begitu juga pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari kalangan Al-Malikiyah dan Al-Khattabi dari Al-Quffal dan Asysyasyi al-kabir dari kalangan Asy-Syafi`iyyah.

3. Haji- Para jamaah haji disyariatkan untuk menjamak dan mengqosor solat zuhur dan Asar ketika berada di Arafah dan di Muzdalifah dengan dalil hadis yang bermaksud: Dari Abi Ayyub al-Anshari ra. bahwa Rasulullah SAW menjamak Maghrib dan Isyak di Muzdalifah pada haji wada`.

4. Hujan- Dari Ibnu Abbas ra. Bahwa Rasulullah SAW solat di Madinah tujuh atau delapan; Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Ayyub berkata, ”Barangkali pada malam turun hujan ?” Jabir berkata, ”Mungkin”.

Dari Nafi` maula Ibnu Umar berkata,”Abdullah bin Umar bila para umaro menjamak antara maghrib dan isyak kerana hujan, beliau ikut menjamak bersama mereka.”

Imam Malik dalam kitabnya Al-Muwattha’ menyatakan perkara ini dilakukan oleh para salafus solih seperti Umar bin Abdul Aziz, Said bin Al-Musayyab, Urwah bin az-Zubair, Abu Bakar bin Abdurrahman dan para masyaikh lainnya di masa itu.

Selain itu ada juga hadis yang menerangkan bahawa hujan adalah salah satu sebab dibolehkan jamak qosor.

Dari Ibnu Abbas ra. Bahwa Rasulullah SAW menjama` zhuhur, Ashar, Maghrib dan Isyak di Madinah meski tidak dalam keadaan takut maupun hujan.”

5. Keperluan Darurat yang Mendesak
Bila seseorang terjebak dengan keadaan di mana dia tidak punya alternatif lain selain menjamak, maka sebahagian ulamak membolehkannya. Namun hal itu tidak boleh dilakukan sebagai kebiasaan atau rutin. Dalil yang digunakan adalah dalil umum seperti yang sudah disebutkan di atas. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Allah tidak menjadikan dalam agama ini kesulitan.”

Dari Ibnu Abbas ra, “beliau SAW tidak ingin memberatkan umatnya.”

Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Rasulullah SAW pernah menjama` zhuhur, Ashar, Maghrib dan Isyak di Madinah meski tidak dalam keadaan takut maupun hujan.”

Al-Imam An-Nawawi dari mazhab Asy-Syafi`iyyah dalam Syarah An-Nawawi menyatakan, ”Sebahagian imam berpendapat membolehkan menjamak solat ketika mukim kerana keperluan tapi bukan menjadi kebiasaan.

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad

Your Ad Spot

Laman-Laman